Wednesday, 21 November 2012

WW-Kuih Bom Inti Kacang Hijau

Assalamualaikum semua.
Kuih Bom Inti Kacang Hijau......Sedap buat sarapan pagi atau minum petang



Kuih Bom Inti Kacang Hijau
Oleh:Norzie hany

Bahan untuk doh:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Air-secukupnya
  • Bijan secukupnya-untuk salut 
Cara membuat doh:

  1. Satukan tepung pulut,tepung gandum dan garam.
  2. Bancuh dengan air hingga menjadi doh.
Inti kacang hijau
  • 250gm kacang hijau - di rendam
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
  • 1 cawan gula pasir-boleh tambah/kurangkan
  • 1/2 cawan kelapa parut muda
  • 2-3 sudu tepung gandum
  • Air-secukupnya
Cara-cara :
  1. Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
  2. Tabur tepung gandum dan kacau rata.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat2.
Cara membuat kuih bom:
  1. Leperkan adunan doh dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat2 tadi.Tabur/salut bijan.
  2. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng dengan api yang sederhana hingga keemasan.Angkat dan hidangkan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Saya Disini said...

sy xberapa suke sangt..rasa dia manis kan

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah! kuih ni peberet akak anak beranak Norzie.. boleh akak simpan resipi ni utk dicuba... :D

JaSSNaNi said...

suka kuih bom ni.. inti kacang.. tapi asben lak suka inti kelapa... hmmmm.. tak penah wat.. biasa beli je.. sbb penah tgk mak wat.. bijan dia terkeluar balik bila goreng..

SyamimiNazifa said...

sedapnyaaa x)

syiela said...

kat sini di panggil onde onde.. sedap nyum nyum

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

saya suka juga kuih ni.. tp inti takmo manis2 sgt.. sedang2 oklah hihi.. inti pun tak kisah kelapa atau kcg hijau dua2 suka.. cuma nak buat je malas sikit.. hee..

eita said...

lama tak makan kuih ni...
nak sikit kak...




klik nuff untuk akak

Rohah said...

nk mkn kuih ni selalu beli je kak..hehe..adab niat nak buat,cuma blum tetunai..

ayut said...

ayut rasa inti kelapa jgk yg best...huhuhu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...