Showing posts with label Aneka sayur. Show all posts
Showing posts with label Aneka sayur. Show all posts

Sunday, 23 November 2014

Gulai Nangka Tumis Darat



Gulai Nangka Tumis Darat
Sumber:Chef Liza
Bahan:
  • 500 gm nangka muda yg kecil
  • 200 gm ikan talang kering
  • 3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
  • 2 cawan air
  • 3 s/b rempah lemak atau kari ikan
  • 1 labu bawang besar
  • garam
Rempah Tumis [hiriskan]
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 s/k halba
  • 1/2 s/k jintan manis
Cara-cara:
  1.  Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
  3. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
  5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
  6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
  7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 26 December 2012

WW-Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin


Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 biji nenas sederhana besar-potong sederhana besar
  • 3 keping ikan duri masin-rendam sebentar
  • 2 batang serai-di ketuk
  • 1/2 cawan santan cair
  • 2 cawan pati santan/santan pekat
  • Garam dan gula- secukup rasa
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili padi-boleh kurangkan
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Satukan nenas,serai,santan cair dan bahan kisar di dalam peruik dan masak di atas api yang sedehara hingga mendidih. 
  2. Masukkan ikan duri yang telah direndam tadi dan kacau sebentar.
  3. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Bila sudah mendidih dan masak bolehlah di angkat.
*Boleh tambah santan pekat jika hendak kuah lebih.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 24 December 2012

Gulai Ayam Dan Nangka Berempah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2,follower dan pengunjung blog SNH.Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini.
Syukur Alhamdulillah kerana di beri peluang bernafas di bumi Allah yang fana ini,semoga hari2 yang kita lalui sentiasa di berkati dan di redhai Allah SWT hendaknya. 
Hari ini sis nak berkongsi resepi gulai ayam dan nangka berempah.....resepi dari CMG dan sis cnp dari blog Yatie. Resepi asalnya letak ikan kurau masin tapi sis pun seperti Yatie,gantikan dengan ayam.
Terima kasih kepada penyumbang resepi yang enak ini dan kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba sis paparkan resepinya di sini ye.


Gulai Ayam Dan Nangka Berempah 
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg nangka muda yang siap dikupas
  • 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 700 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar

  • 1 labu bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1/2 inci belacan*
  • 5 biji cili merah*
  • 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
  4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 6 October 2012

Lemak Pucuk Ubi Dengan Tempe


Assalamualaikum semua.
Masak lemak pucuk ubi dengan tempe....antara masakan kampung kegemaran sis.
Sis buat sambal belacan sikit,goreng ikan puyu perkasam....sedap tau makan dengan nasi panas2.Ada masak lauk lain untuk anak dan hubby...depa tak makan ini lauk.
Pucuk ubi import dari kampung koi Temerloh...banyak pulak mak tanam pokok ubi.Untung sape yang berjiran dengan mak ai,teringin nak makan pucuk ubi datang petik sendiri.Kat tempat tinggal sis pun tak susah nak cari pucuk ubi sebenarnya.Berlambak-lambak orang jual kat pasar besar atau pasar borong.Yang bezanya kalau ambil kat kampung kita pilih pucuk yang muda2 dan lembut.


Lemak Pucuk Ubi Dengan Tempe
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 cekak pucuk ubi -celur dan potong
  • 2 keping tempe-potong 
  • 3 biji bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 cm halia-hiris
  • 5 biji cili padi/cili merah-hiris
  • 1 genggam ikan bilis-tumbuk
  • 300ml santan pekat
  • 700ml santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:

  1. Satukan santan cair,bahan yang di hiris dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tempe dan pucuk ubi dan kacau rata.
  3. Biar sebentar dan masukkan santan pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah mendidih padamkan api.
  6. Angkat dan hidangkan.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 3 October 2012

Masak Lemak Udang Dengan Timun

Assalamualaikum semua.
Masak Lemak Udang Dengan Timun....Sape pernah makan?



Masak Lemak Udang Dengan Timun 
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:
  • 1/2 kilo udang-di bersihkan
  • 1 biji timun-buang biji & di potong
  • 250ml santan pekat
  • 500ml santan cair
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 batang serai- di ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili padi (boleh tambah/kurangkan)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Santan cair,timun,serai,asam gelugur dan bahan kisar di satukan dalam kuali/periuk.Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan kacau lagi hingga udang masak.
  3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.Kacau lebih kurang 3 minit dan bolehlah di angkat.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 29 September 2012

Pecal Jawa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pecal atau gado-gado....masakan jawa.Orang jawa kalau buat pecal memang sedapkan.Kalau buat pecal mesti ada cekur dan pucuk ubi...yang lain tu kira sampingan aje.Bau wangi cekur tu kan buat kita asyik nak pergi dapur aje dan makan berulang-ulang.
Ulam dan sayur yang di celur ni mmg baik untuk kesihatan dan awek muda jadi jangan bimbang kalau makan banyak pun.


Ulam atau sayur2 ni kita satukan dalam piring dan siram kuah di atasnya....gaul2 dan makan macam tu aje tanpa nasi.Makan dgn dengan nasi pun boleh juga...terpulanglah cara masing2.Masa sis pergi rumah sepupu kat Sekinchan dia ada hidang dengan bihun celur...itu pun sedap juga.Masa zaman sis kecil arwah ayahanda ada beli...di bungkus dalam daun pisang bersama nasi impit....itu pun sedap juga.
Resepi yang sis buat ni memang style orang jawa....resepi dari majalah mingguan wanita cuma sayur2 tu sis olah sikit.Kalau ikut resepi asalnya ada nangka muda,jantung pisang celur dan betik muda. 
Jom kita berkongsi resepi...selamat mencuba. 


Pecal Jawa
Oleh:Norzie hany
Sumber:Mingguan Wanita 2006

Bahan Untuk Kuah:
  • 500gm kacang tanah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan
  • Ubi cekur (tidak perlu di goreng)
  • Gula,garam dan asam jawa secukupnya

Bahan Untuk Sayuran:
  • 1 cekak pucuk ubi-di celur dan potong
  • 100gm tauge-buang ekor dan celur
  • Kacang panjang-potong dan celur (sis tak letak)
  • Kangkung-potong dan celur(sis tak letak)
  • Timun-sagat
  • Sengkuang-sagat
  • Tempe-goreng
  • Tauhu-goreng

Cara membuat kuahnya:
  1. Kesemua bahan2 di goreng berasingan dan di tumbuk.
  2. Bancuh dengan air panas dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Letak bahan yang di celur dan di sagat tadi di dalam satu bekas
  4. Semasa hendak makan barulah siram kuah di atasnya 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 24 September 2012

Masak Lemak Putih Labu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?...moga sihatlah hendaknya ye di samping tugas harian dan insan2 tersayang.
Tak ada apa yang menarik sangat di en3 kali ini cuma masakan kampung...masak lemak putih labu.Cara sis masak lemak labu ni memang ringkas sangat,main campak2 aje.Masak lemak ni sedap kalau di makan dengan ikan yang di goreng garing2 dan sambal belacan. 
 Sis sertakan resepi masak lemak putih labu di sini ye....kalau berminat bolehlah mencuba. 



Masak Lemak Putih Labu
Oleh:Norzie hany
  • 400gm labu- dipotong 
  • 100gm ikan bilis
  • 250ml santan pekat
  • 300ml santan cair
  • 1 labu bawang besar- dihiris
  • 2 ulas bawang putih- di hiris
  • 1 biji cili merah/hijau- di hiris
  • Sehelai daun kunyit - di carik
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
  1. Satukan semua bahan-bahan di dalam periuk kecuali santan pekat. 
  2. Masak hingga labu empuk.
  3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Angkat dan bolehlah di hidangkan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 16 September 2012

Lontong / Nasi Impit Kuah Lodeh


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di sini.
Lontong ni sis masak semalam,tapi baru hari ni sempat buat en3.Memang dah lama betul sis tak buat lontong ni,kalau nak makan selalu beli aje.Kebetulan anak sulung sis pulang bercuti  sehingga hari isnin ni....dalam kepala sis ni terfikir macam2 nak masak untuk dia.
Jom kita tengok resepinya....cara sis masak lontong mudah aje.




Lontong / Nasi Impit Kuah Lodeh
Oleh:Norzie hany

Nasi impit-secukupnya
Telur- di rebus

Bahan Untuk kuah lodeh:
Bahan2 A (kisar):
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sm kunyit hidup
  • 1 sm lengkuas
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sm halia
Bahan B:
  • 2 batang serai-ketuk
  • 2 batang kacang panjang-potong
  • 100gm kobis bulat-potong
  • 1 biji lobak merah-potong
  • 1 biji sengkuang sederhana besar-potong
  • 2 keping tempe-goreng & potong
  • 1 keping tauhu -goreng & potong
  • 1 keping fucuk-rendam
  • 1 paket kecil-suhun-rendam
  • 3 biji cili merah- di hiris
  • 1sb udang kering/ikan bilis-tumbuk
  • 500ml santan cair
  • Sedikit minyak-menumis.
Bahan C:
  • 1000ml santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat kuah lodeh:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan B dan kacau sebentar hingga sayur layu sedikit.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasakan dengan gula dan garam.Kacau hingga sebati dan kuah mendidih.
Cara penyediaan lontong:
  1. Masukkan nasi impit dalam mangkuk dan curahkan kuah lodeh di atasnya.
  2. Lontong sedap di makan bersama telur rebus,sambal tumis ikan bilis atau sambal kacang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...