Showing posts with label Kuih Bakar/Bingka. Show all posts
Showing posts with label Kuih Bakar/Bingka. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

WW- Bingka Jagung





Bingka Jagung
Sumber:Myr@CMG

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung gandum
  • 230 gm gula pasir
  • 400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak/tin)
  • 200 ml air
  • 4 biji telur
  • 1 tin cream style corn
  • 2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
  • 1/2 camca teh garam
  • 3/4 camca teh pewarna makanan kuning
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Sedikit bijan(utk hiasan)-sis tambah
Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil, bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bakar lebih masa sikit untuk mendapatkan kuih yang garing/kerak yg lebih.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 10 December 2012

Bingka Pisang


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Resepi berkaitan pisang lagi.....dah 2 kali sis buat bingka pisang ikut resepi ni.Garing di luar dan lembut di dalam...sedap,lebih2 lagi makan masa suam2.Sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.


Kalau malas nak buat rupa ni boleh masukkan dalam loyang dan bakar seperti biasa. 
Selamat mencuba




Bingka Pisang
Oleh:Norzie hany

Bahan-Bahan 
  • 1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*
  • sedikit garam

Cara-cara
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 22 November 2012

Bingka Ubi Kayu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kepada semua rakan2 follower,pengunjung2 mahupun  silent reader yang sudi bertandang di blog ni.Apa khabar semua?...Apa pun moga kita semua sentiasa di lindungi dan di rahmati Allah SWT hendaknya.
Hari ini sis nak berkongsi resepi kuih bingka ubi kayu,sebelum ni pernah buat bingka ubi pandan.Akan datang InsyAllah,kalau ada ubi kayu lagi kita buat bingka ubi gula melaka pulak. 
Sebenarnya bingka ubi kayu ni adalah kuih favorite sis....pantang ada ubi kayu mesti nak buat kuih ni.Kalau makan bingka ni memang tak cukup seketul...sedap eh bingka ubi ni,liat2 gitew.
Kuih bingka ubi kayu yang enak ini sesuai di makan bila2 masa aje,tak kira pagi,petang,malam di waktu hujan mahupun waktu panas.
Jom kita kongsi resepinya.


Bingka Ubi Kayu
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 cawan ubi kayu-diparut
  • 1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Pewarna kuning
  • sedikit garam 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Satukan semua bahan2 dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan adunan ini kedalam loyang yang telah di alas daun pisang dan di glis sedikit minyak.
  4. Bakar dalam suhu 200c selama 1 jam hingga warna bingka ubi ni berwarna keperangan.
  5. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 9 November 2012

Kuih Bakar Sagu Biji



Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Kuih bakar sagu biji....jarang atau tak pernah dengar ye.Sis pun first time dengar dan first time juga mencuba resepi kak Fida ni.
Bila tengok resepi kak Fida teringat pulak sagu yang sekian lama tersimpan,baki buat pengat tempoh hari.Bila timbang tak cukup pulak,sis tambah dengan sagu yang berwarna merah(ada jual di kedai yang siap berwarna).Untuk satu adunan ni banyak juga dapat memang terlebih-lebih untuk makan kami 3 orang.Sedap makan masa panas2 rasa rangup aje bahagian keraknya.
Kalau nak cuba sis sertakan resepinya di sini.


Kuih Bakar Sagu Biji
Oleh:Norzie hany
Sumber:Kak Fida@MyR

Bahan-bahan( loyang 8 inc. / 9 inc. )
  • 300 g sagu biji
  • 200 g mentega/majerin
  • 170 g gula pasir/merah
  • 3 biji telur
  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam
Cara-cara:
  1. Rendam sagu biji dengan air panas mendidih selama 30 min. Tapiskan dan rendam sebentar di dalam air dingin 5 min dan tapis lagi.Ketepikan.
  2. Mentega,gula dan telur dikacau rata dan masukkan garam dan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan pula sagu biji yang ditapis tadi dan kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega.
  6. Bakar selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 5 October 2012

Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikum semua.
Syukur Alhamdulillah,bertemu lagi kita di en3 kali ini dengan kesihatan sis yang tak berapa sihat.Dari semalam dok batuk2 aje.
Terus pada tajuk en3....kuih bakar pandan.ramai yang cakap kalau di bakar garing2 lagi sedap...betul gitew.
Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. 


Bakar guna acuan kecil...senang nak makan.Silalah ambil seketul sorang.

Bakar guna acuan kuih kemboja.

Nampak tu....sedap ngko.

Kuih Bakar Pandan
Oleh:Norzie hany

Bahan- Bahan 
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-Cara:- 
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 24 June 2012

Bingka Ubi Pandan

Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah memberi sedikit komen dan sudi menjadi follower di blog yang tidak seberapa ini.
Syukur kehadrat Allah kerana di beri peluang bernafas lagi di bumi Allah ini dan dapatlah kita bertemu seperti biasa di alam maya ini.
Apa khabar semua?...semoga di hari minggu ini semuanya sihat2 belaka hendaknya di samping insan2 tersayang.Jom kita layan sebentar bingka ubi pandan ni.Biasanya kalau ada ubi kayu memang wajib buat bingka ni....mmg enak dan menjadi kegemaran kami sekeluarga.Sesuai untuk di hidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang.
Jom kita berkongsi resepinya.


Bingka Ubi Pandan
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 cawan ubi kayu-diparut
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air daun padan(blend 1/2 cawan air + 6 helai daun pandan).
  • sedikit garam
  • Pewarna hijau.
Cara membuatnya:
1)Panaskan oven terlebih dahulu.
2)Masak 1/2 cawan air daun pandan dgn gula dan biarkan suam sebentar.
3)Satukan semua bahan2 termasuk air gula yang telah suam tadi.Kacau hingga sebati.
4)Masukkan adunan ini kedalam loyang yang telah di alas daun pisang dan di glis sedikit minyak.
5)Bakar dalam suhu 200c selama 1 jam hingga warna bingka ubi ni berwarna keperangan.
6)Angkat dan sejukkan sebelum di potong.
SELAMAT MENCUBA.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 15 June 2012

Bingka Crackers


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur sis ini.
Bertemu lagi di en3 kali ini , semoga semuanya sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Hari ini sis nak berkongsi resepi kuih bingka yang di buat menggunakan biskut cream crackers.Sebenarnya dah ramai rakan2 blogger yang telah mencuba resepi ini.Sis pun first time mencuba resepi ni dan first time juga makan bingka ni.Syukur Alhamdulillah menjadi juga dan memang rasanya enak sekali.Jom kita tengok resepinya.

Bingka Crackers

Oleh:Norzie hany

Sumber MyResipi oleh: kh267tm

  • 3 biji telur
  • 225gm gula pasir (klau tk suka manis boleh dikurangkan sikit)
  • 85gm tepung gandum
  • 1 sudu teh pandan paste
  • 140gm tepung cream crackers (biskut cream crackers dikisar halus)
  • 1420ml santan (sis guna susu cair )
  • 2 sudu makan minyak sapi(sis guna butter)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bijan(tabur diatas)
  • Cara-cara
  1. Kacau gula dan telur hingga gula larut..kemudian masukkan tepung gandum...gaul sebati lalu masukkan santan/susu cair sedikit2 sambil dikacau hingga santan/susu cair habis kemudian ditapis.
  2. Gaulkan adunan santan dgn tepung biskut crackers...pastikan tidak bergentel.
  3. Kemudian masukkan garam , minyak sapi dan pandan paste..gaul sebati.
  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg telah disapu minyak , masak sekejap diatas api dapur sehingga pekat sikit.Tabur bijan diatasnya
  5. Kemudian masukkan loyang kedlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 160c dan bakar lah sehingga masak...lebih kurang 1-11/2jam.
  6. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong dan boleh lah dihidangkan... :)
  7. **utk dptkan tepung biskut yg halus sebaiknye diayak..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 3 June 2012

Bingka Labu Lemak Manis


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ku ini.
Semoga di hari minggu ini semuanya sihat2 belaka di samping keluarga tersayang.
Dari pagi sampai kepetang cuaca sangat2lah panas....dok rumah aje hari ni malas betul nak keluar.Letak satu jug tea o ais atas meja sekejap aje dah licin.Menu minum petang kami hari ini...Bingka labu lemak manis.Kebetulan masih ada baki labu dalam peti ais,pergi selongkar rumah Yatie@Sinar Kehidupanku cari resepi berkaitan labu.Kiranya ni first timelah sis buat bingka labu lemak manis,memang sedap dan lemak sekali.Kalau tak percaya korang cubalah resepi ni.Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.Sis nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yatie kerana sudi berkongsi resepi dan sis mohon share di blog ni pula.
Jom kita tengok resepinya.


Resepi Bingka Labu Lemak Manis
Oleh:Norzie hany

BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir halus
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
  • 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...