Wednesday, 16 January 2013

WW- Bingka Jagung





Bingka Jagung
Sumber:Myr@CMG

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung gandum
  • 230 gm gula pasir
  • 400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak/tin)
  • 200 ml air
  • 4 biji telur
  • 1 tin cream style corn
  • 2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
  • 1/2 camca teh garam
  • 3/4 camca teh pewarna makanan kuning
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Sedikit bijan(utk hiasan)-sis tambah
Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil, bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bakar lebih masa sikit untuk mendapatkan kuih yang garing/kerak yg lebih.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Nooriah Abdullah said...

salam Norzie wah cantik tu mesti sedap bangat kan bak sepotong!!

P.A. said...

nyum2...sedap mkn ptg2 ni...

Saya Disini said...

WAH..SEDPYE

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Norzie,

Sedapnya nampak bingka tu.

Buat sendiri memang sedapkan. Ingin nak cuba tapi memandangkan kak ani berdua jer, rasanya tak berbaloi.

Jadi selalunya kalau teringin apa saja bingka, akak beli jer.

Nazayiena Ayiena said...

Sedapnya,blm pernah lg buat bingka jagung.

Nafira usof said...

walaupon tak pernah makan.. tapi mmg boleh agak kuih nih sedap.. sebab zura penggemar jagung~ sedapnyeeee

ANISRAHIM said...

Sedap, tp bagi sy kan, masakan dan kuih melayu mmg payah nak buat kan? :D

Qasey Honey said...

suka kuih ni..QH ade jugak amik resepi ni..tp lum ttunai lg nk try..hihi

mama sara nur said...

assalam sis
semua kuih muih bingka memang sedap he he semua layan
teras bau jagung yg wangi je kan sis

Rohah said...

ala hai...mmg sedap kuih2 camni...

lina_pg said...

sedapnya sis...ada belen lagi tak...saya nak yang kerak lebih

Arjuna Silvera said...

nampak pun dah sedap.........

kasih Salina said...

kreatif akak mencipta menu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...