Sunday, 16 November 2014

Apam Kampung @ Apam Tepung Gandum



Apam Kampung @ Apam Tepung Gandum
Sumber:Mariana Zainal FB

Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 st yis (instant yis atau mauripan)
  • Secubit garam
  • Pewarna
  • Kelapa + garam-gaul
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan-bahan kecuali kelapa dan gaul sebati.
  2. Perap hingga adunan kembang
  3. Didihkan air kukusan dan sapu minyak pada acuan atau loyang
  4. Kukus lebih kurang 10-15 minit hingga masak.
  5. Biar sejuk baru keluarkan dari acuan.
  6. Hidangkan dengan kelapa parut yang di campur sedikit garam.
*Tutup tudung pengukus dengan kain-mengelakkan air jatuh pada apam
*Kelapa yang di gaul garam-kukus sebentar,elak cepat basi
*Untuk mencantikkan apam yang di potong gunalah benang

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 ulasan:

lia ummiirfan said...

dah lama tak buat apam.. nak buat baliklah.. :)) cantik kaler kuih apam tu., :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...