Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Ikan Siakap Panggilan Pulau




Ikan Siakap Panggilan Pulau
Sumber:Datin Lulu
Bahan-bahan 
  • 1 ekor ikan siakap-cuci, toskan dan kelar2kan permukaannya
  • 1 sudu serbuk kunyit +1 sudu kecil garam-utk goreng ikan
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 biji tomato - dadu kasar
  • garam cukup rasa @ 1 sudu kecil kiub maggi cukup rasa
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cili kisar
  • minyak secukupnya
Bahan hiris dan tumis 
  • 1 labu bwg besar
  • 4 biji bwg merah
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai - di ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
Cara-cara 
  1. Ikan yg siap di gaul dngn garam dan serbuk kunyit, hendaklah di goreng sehingga sedikit garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1/4 cawan minyak dan tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, biar sedikit garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis - gaul sebati di ikuti 1/2 cawan air panas.
  4. Sesuaikan rasa garamnya @ masukkn maggi cukup rasa, apabila kuah @ sosnya sedikit pekat, masukkn tomato - kecilkn api. Biar kuah mereneh perlahan-lahan hingga tomato layu, tutup api.
  5. Curahkn kuah@sos ke atas ikan, dah siap,bolehlah di hidangkn panas2

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 4 November 2014

Asam Pedas Ikan Berhalba



Asam Pedas Ikan Berhalba
Bahan-bahanya:
  • 4 potong ikan -terpulang nak guna ikan apa,sis guna ikan siakap
  • 4 biji kacang bendi
  • 1 biji buah tomato-belah 4(kalau suka)
  • Asam jawa + air (lebih kurang 650 ml)
  • 4 helai daun limau purut-carik
  • Garam dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak-utk menumis
Bahan kisar
  • 25 tangkai cili kering-rebus dulu
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • Sedikit belacan
Bahan tumis:
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-ketuk
  • 1 sudu kecil halba
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis.Guna api perlahan sebab halba mudah hangus,tumis hingga bawang layu dan terbit bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak/rempah garing. 
  3. Masukkan air asam jawa dan daun limau purut biar hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan ikan serta kacang bendi.Apabila ikan telah masak perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali masukkan buah tomato,sekejap aje dan bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 2 November 2014

KARI IKAN INDIAN STYLE




KARI IKAN INDIAN STYLE
Resepi Oleh : Sara

Bahan-bahan:-
  • 2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa,sis guna ikan bawal hitam
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh halba
  • 1 cawan air asam jawa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali
  2. Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum
  3. Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.
  4. Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari.Tumis hingga harum dan bawang garing.
  5. Bila dah garing masukkan bahan kisar,Masak lagi hingga garing dan terbit minyak.
  6. Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili.Masak hingga cili benar-benar garing.
  7. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  8. Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa.
  9. Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit.Kemudian tambahkan air.Biarkan ia merenih sebentar.
  10. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  11. Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 30 September 2013

Siakap Masak Pedas


Siakap Masak Pedas

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap-belah dan bersihkan.
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam,serbuk perasa dan gula-secukup rasa
Bahan tumis:
  • 15-20 biji cili padi-hiris
  • 1 biji bawang besar-hiris nipis
  • 6 ulas bawang putih-ketuk dan hiris halus
  • 2 batang serai-hiris
  • 3 helai daun limau purut-hiris
Cara-cara:
  1. Lumur ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing.
  2. Angkat, letak di dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Panaskan 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan tumis.
  4. Bila sudah wangi masukkan cili kisar,sos tiram dan cili sos kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan 1/2 cawan air,garam,serbuk perasa dan gula.
  6. Bila kuah sedikit pekat,angkat dan tuang di atas ikan tadi.    

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 5 March 2013

Lemak Cili Padi Ikan Parang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terima kasih kepada semua follower dan penggunjung blog SNH yang sudi singgah di sini.
Sebut ikan parang mesti teringat asam pedaskan tapi ikan parang juga sangat sedap kalau buat masak lemak cili padi.
Selamat mencuba.    


Lemak Cili Padi Ikan Parang

Bahan-bahan:
  • 4 keping ikan parang-dibersihkan
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • Santan pekat-secukupnya 
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak
Bahan kisar:
  • 10-15 tangkai cili padi-boleh tambah atau di kurangkan
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan,asam gelugor dan kacau hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan parang dan kacau perlahan hingga ikan masak.
  4. Akhir sekali baru masuk buah tomato.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 21 February 2013

Kari Kepala Ikan Duri Gaya Goa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebelum ni sis pernah cuba resepi ni tapi guna ayam,en3 di SINI.Memang sedap sgt,tu yang bila hubby beli ikan duri yang bersaiz agak besar bahagian kepalanya sis masak kari guna resepi ni lagi.Resepi asal dari Chef Wan dan sis ambil dari blog CMG.Terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi yang enak ini.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencuba.


 Kari Kepala Ikan Duri Gaya Goa
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan tenggiri(sis guna seketul kepala ikan duri-belah 2)
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 29 January 2013

Siakap Sweet Sour


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Perkongsian untuk hari ini....resepi ikan siakap sweet sour.Sedap dan memang kena dengan citarasa kami sekeluarga.Kepada yang berminat nak mencuba saya sertakan resepinya di sini.


Siakap Sweet Sour

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
  • garam dan kunyit 
Bahan untuk sos:
  • 4 ulas bawang merah (dimayang)
  • 1 labu bawang besar (di mayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 6 tangkai cili padi merah 
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk mengoreng ikan dan menumis
Cara- Cara
  1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
  6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 30 December 2012

Ikan Goreng Smar Tilem

 Assalamualaikum dan selamat berhari minggu kepada semua penggunjung blog SNH.
En3 hari ini masakan masyarakat jawa...Ikan goreng smar tilem.Resepi ni sis ambil dari majalah mingguan wanita 2006.Ada sesiapa yang tahu apa makna smar tilem?.Memang tidak dinafikan,masyarakat jawa terkenal dengan pelbagai jenis masakan yang enak-enak dan sedap-sedap belaka.Untuk resepi ni kalau di tukar kepada ikan siakap atau ikan bawal pun sedap.
Terima kasih kepada penyumbang resepi,mohon di panjangkan di blog ni untuk perkongsian bersama.
Kepada sesiapa yang beminat bolehlah mencuba ye. 


Ikan Goreng Smar Tilem
Oleh:Norzie hany
Sumber:Majalah Mingguan Wanita 2006

Bahan-bahan:
  • 2-3 ekor ikan kembung-bersihkan
  • 2 ulas bawang putih-titik
  • 2 biji bawang besar-potong bulat
  • 1/2 inci halia-hiris
  • 1 batang serai-titik
  • 1/2 batang lobak merah-potong dadu
  • 5 biji cili padi-belah 2/hiris kecil
  • 2 biji cili merah-hiris
  • 1 biji cili hijau-hiris(sis tambah)
  • 2 biji buah tomato-potong dadu
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
Bahan hiasan:
  • 1 biji nenas-potong dadu(sis letak 1/4 biji)
  • 1 batang daun sup/saderi-mayang
Cara-cara:
  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit dan goreng garing.Angkat dan toskan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis cili giling hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato dan semua bahan-bahan yang lain satu persatu.
  4. Masukkan air dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Apabila kuah sedikit pekat curah di atas ikan yang di goreng tadi.
  6. Hiaskan dengan nenas dan daun saderi.
  7. Sangat enak di makan ketika panas2. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 3 December 2012

Kari Ikan Jenahak.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Perasan tak,dah banyak kali sis buat en3 pasal lauk kari.Kalau nak tahu inilah lauk fav sis,tak kiralah kari ikan,ayam atau daging....memang tak pernah jemu.Kari ni adalah masakan warisan yang menjadi kebanggaan orang-orang utara.Ayahanda dan bonda sis orang utara sebab itulah agaknya sis penggemar tegar sebarang lauk kari.Sejak dari zaman kanak2 inilah hidangan utama keluarga kami....hari2 makan kari.
Kalau sape2 berminat nak cuba sis sertakan lagi resepinya di sini ye.
Selamat Mencuba.



Kari Ikan Jenahak
Resepi:Norzie Hany

Bahan-bahannya:
  • 3 potong ikan jenahak.
  • 1 bungkus kecil rempah kari babas
  • 1 sudu besar serbuk cili/1 sudu besar cili kisar
  • 4 biji kacang bendir
  • Air asam jawa.
  • Santan-secukupnya
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukupnya
Bahan tumis:
  • 3 biji bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 inci halia-hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sk halba campur
  • Sedikit minyak-menumis
Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak tumis bahan penumis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dijadikan pes.
  3. Kacau sehingga rempah sedikit garing dan barulah masukkan santan.
  4. Masukkan ikan dan biar sekejap dan barulah masukkan kacang bendir dan air asam jawa serta garam secukup rasa.Masak sampai pecah minyak.
  5. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 2 December 2012

Pindang Sri Jengka Ikan Pari


Assalamualaikum wbt semua.
Selamat berhari minggu kepada semua penggunjung blog SNH,semoga semuanya sihat hendaknya di samping keluarga tersayang.
Hari ni sis nak berkongsi masakan kampung yang sangat mudah dan ringkas sekali.Inilah lauk yang selalu sis masak masa bujang2 dulu.Tinggal di rumah sewa bersama rakan2 di Sg Way pada tahun 90an dulu,balik kerja kena masak sendiri,jarang sangat kami makan di luar.
Pindang Sri Jengka Ikan Pari....memang sedap di makan dengan nasi panas2 bersama sambal belacan.
Masakan ni buat sis terimbau kembali kisah silam yang masih dalam ingatan dan pastinya menjadi kenangan indah yang tidak akan di lupakan.Bila dah berkahwin dan beranak pinak ni,memang jarang sekali sis masak pindang ni,selalu ikut tuntutan selera anak2 dan suami aje.
Kalau sape2 yang berminat nak cuba sis sertakan resepinya di sini.



Pindang Sri Jengka Ikan Pari
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 3 keping ikan pari-di bersihkan
  • 2 batang serai-di ketuk
  • 1 batang bunga kantan-belah 2
  • Segengam daun kesum
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 biji kacang bendi
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air-secukupnya
  • Garam & gula@serbuk perasa-secukupnya 
Bahan kisar:
  • 7 biji cili padi
  • 1 biji cili besar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sm kunyit hidup
  • 1 sm lengkuas
  • 1 sm halia
Cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan air,asam gelugur,serai,ikan,bunga kantan,daun kesum dan kacang bendi.
  3. Bila sudah mendidih perasakan dengan garam dan gula@serbuk perasa.
  4. Akhir sekali masukkan buah tomato dan bila ikan sudah masak bolehlah angkat dan hidangkan.  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 30 November 2012

Cencaru Panggang Shahriah


Assalamualaikum wbt semua.
Cencaru Panggang atau caru sumbat belah belakang.
Resepi dari buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah....korang dah beli ke?.Memang tak rugi memiliki naskah ini,resepi di dalam buku ini semuanya enak2 belaka dan yang penting bahan2 yang digunakan memang senang dan mudah di dapati.Buku ini memuatkan resepi turun-temurun atau warisan keluarga Sha.
Terima kasih dan minta di halalkan resepi ni ye Sha,sis mohon share di blog ni untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain. 

Cencaru Panggang Shahriah
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ikan cencaru-belah belakang
  • Daun pisang-utk alas waktu memanggang
  • 1 helai daun kunyit-hiris
Bahan kisar:
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sm halia
  • 1 sm lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • 1 sm belacan
  • Garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan.Lumur dengan sedikit garam dan minyak.
  2. Campurkan bahan kisar bersama daun kunyit dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Sumbat dalam belahan belakang ikan.
  4. Panaskan kuali leper dan alas daun pisang sewaktu memanggang.Panggang ikan hingga masak.
  5. Angkat dan sedia di hidangkan.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 20 November 2012

Ikan Siakap Laprik




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 Ikan siakap laprik adalah masakan dari Thailand atau Siam.Resepi yang cukup enak ini sis ambil dari majalah mingguan wanita.Selalu juga masuk restoren masakan siam tapi sis belum pernah cuba makan ikan siakap laprik ni....selalu dok order tomyam dan nasi paprik aje.
 Kepada penggemar masakan Siam bolehlah mencuba sendiri resepi ikan siakap laprik yang sangat enak ini.
Selamat mencuba.



Ikan Siakap Laprik 
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan siakap-dibersihkan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 10 tangkai cili padi-potong kecil
  • 10 ulas bawang putih-cincang halus
  • 5 sudu besar sos Thai
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Daun salad,cili besar dan tomato-Utk hiasan
Cara Memasak:
  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing.angkat letak dalam pinggan dan ketepikan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  3. Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan sos Thai dan bawang besar dan daun ketumbar.Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga mendidih sebentar.
  5. Angkat dan curahkan atas ikan tadi dan hiaskan dengan bahan hiasan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 12 November 2012

Asam Pedas Ikan Sembilang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Ikan sembilang rupanya mirip ikan keli dan perbezaannya ikan sembilang hidup di air masin.Susah juga nak jumpa ikan sembilang ni di jual di pasar2,mungkin ikan ni bermusim agaknya.
Kalau ada ikan sembilang biasanya sis akan masak asam pedas dan bubuh daun kesum lebih sikit.Dapat pulak ikan sembilang segar yang baru naik dari pantai memang sedap betul buat masak asam....manis aje isinya.
Jom kita berkongsi resepinya.



Asam Pedas Ikan Sembilang
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 500 gm ikan sembilang-siang dan bersihkan
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 1 batang serai-dititik
  • Sedikit air asam jawa
  • 3 batang kacang bendi
  • Air-secukupnya
  • Segenggam daun kesum
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukup rasa
  • Sedikit minyak-menumis
Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sm kunyit hidup
  • Sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan air bersama air asam jawa.Jangan terlalu cair.
  3. Kacau hingga mendidih,kemudian masukkan ikan dan biar sampai ikan masak.
  4. Akhir sekali masukkan bendi dan perasakan dengan garam,gula@serbuk perasa.
  5. Bila sudah mendidih dan masak bolehlah diangkat.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 8 November 2012

Ikan Bakar Portugis


Assalamualaikum semua.
Lauk makan tengah hari kami hari ni....Ikan bakar Portugis.Abaikan sambal yang comot2 di sekeliling aluminium foil tu.Memang terus hidang atas meja macam ni aje...tak hias bagai.Makan pulak dengan nasi panas2 dan masak lemak cili padi pucuk ubi....sedap ngko,masing2 makan bertambah kih3. Resepi asal dari Chef Wan dan sis cnp dari blog Dayang.Sis guna ikan siakap dan bakar dalam oven.
Jom kita tengok resepi ikan bakar Portugis yang enak ni.


Ikan Bakar Portugis
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahan (hidangan 4-6 orang):
  • 1 ekor ikan bawal/siakap atau ikan apa2 yg disukai - seberat dalam 600gm
  • 1 helai daun pisang - kalau tiada boleh guna aluminium foil
  • 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 60ml atau 1/4 cawan minyak
  • garam dan gula secukup rasa
bahan-bahan dikisar halus :
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji buah keras
  • 8 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 helai daun limau purut
cara:
  1. layurkan daun pisang di atas api kecil sehingga lembut. Ketepikan.
  2. panaskan minyak di dalam kuali
  3. tumiskan bahan2 kisar di atas api yang kecil sehingga wangi
  4. tambahkan jus limau, kicap, garam dan gula secukup rasa
  5. kacaukan rata
  6. lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkuskan ikan dengan daun pisang atau aluminium foil
  7. bakar pada suhu 180C selama 20 min atau panggang di atas bara api 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 3 November 2012

Ikan Tenggiri Masak Cuka

Assalamualaikum dan salam ceria.Jutaan terima kasih kepada semua rakan2 yang tak jemu2 bertandang di sini....sayang korang semua,muahhhzzz.Apapun doa sis semoga semuanya beroleh kesejahteraan hendaknya di samping insan2 tersayang.
Kat tempat sis boleh dikatakan hari2 hujan...pagi mendung petang dah hujan.Time hujan perut lapar sentiasa,anak2 pun sama asyik dok ulang ke dapur aje.
Berbalik pada tajuk en3....Ikan tenggiri masak cuka,masakan kegemaran arwah ayahanda.Arwah orang Kedah,ikan masak cuka ni kiranya masakan orang2 belah utara.Bila arwah dah tak ada memang kami jarang buat masak cuka ikan ni.Bila tengok ramai rakan2 blogger yang buat en3 pasal ikan masak cuka....sis pun rasa teringin pulak nak makan ikan masak cuka.Sedap makan dengan nasi panas2 lagi-lagi kalau ada sambal belacan.  
Jom kita kongsi resepinya.


Ikan Tenggiri Masak Cuka
Resepi/Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 potong ikan tenggiri-dibersihkan
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 biji timun-buang biji & potong memanjang
  • 1 biji cili hijau-belah 2
  • 1 biji cili merah-belah 2
  • 3 biji bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putuh-hiris
  • 1 sm halia-hiris
  • 1 sudu kecil halba campur
  • Air-secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak-menumis
Caranya:
  1. Lumur ikan dengan garam kunyit dan goreng hingga garing-ketepikan.
  2. Dengan sedikit minyak tumis semua bahan yang di hiris dan halba campur hingga wangi. 
  3. Masukkan air dan cuka makan.Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan,timun,cili merah/hijau dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Bila sudah masak bolehlah di angkat dan hidangan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 18 October 2012

Asam Pedas Pari Dengan Nenas

Assalamualaikum semua.
Asam Pedas Pari Dengan Nenas...asam pedas lagi.Dalam seminggu tu mesti satu atau dua kali sis masak asam pedas.Hubby sis memang suka dan tak pernah jemu dengan asam pedas.Tapi kali ni lain sikit asam pedas bubuh nenas...1st time masak dan first time juga makan.
Terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi asam pedas yang enak ini.
Jom kita tengok resepinya.




Asam Pedas Pari Dengan Nenas
Oleh:Norzie hany
Sumber:DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gram ikan pari, mat guna jenis pari daun
  • 1/2 biji nenas Sarawak, kupas dan hiris (boleh guna nenas madu)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu(sis gantikan dgn daun limau purut)
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 3/4 cawan air asam atau secukupnya
  • 3 biji bawang merah, hiris halus
  • 1 ulas bawang putih, hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat ikut suka, cuci dan perap sekejap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi. Kemudian cuci kembali hingga bersih. Ketepikan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan perang, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan masak lagi hingga cili garing dan terbit minyak.
  3. Tuang air secukupnya dan masukkan juga jus asam jawa. Kacau rata dan biar mendidih. Masuk ikan pari dan nenas tadi, kacau perlahan. Tambah bunga kantan dan masak hingga ikan masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...