Thursday, 21 February 2013

Kari Kepala Ikan Duri Gaya Goa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebelum ni sis pernah cuba resepi ni tapi guna ayam,en3 di SINI.Memang sedap sgt,tu yang bila hubby beli ikan duri yang bersaiz agak besar bahagian kepalanya sis masak kari guna resepi ni lagi.Resepi asal dari Chef Wan dan sis ambil dari blog CMG.Terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi yang enak ini.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencuba.


 Kari Kepala Ikan Duri Gaya Goa
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan tenggiri(sis guna seketul kepala ikan duri-belah 2)
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 ulasan:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

Gee® said...

Kari is my fav... nyam2x

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya akak tengok kari tu... laporlah pulak... sedap cecah dgn roti di ptg hari ni :D

Zie said...

sedapnya kak .. sorry lama tak kesini.. saya sangat suka kari kepala. tu yg ingatan pun dah berkurang hehehe

Rohah said...

ikan duri mmg pebret anak beranak saya ni kak..mmg sesuai sgt masak gini..

Nasuha said...

Jemput join segmen pertama saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.htm

Lynnda said...

Blogwalking n follow sini d pg ari!
Sedapnye kari tu..

Sng2 singgah n follow la http://masamanispedas.blogspot.com (^__^)

Aishah Jahirah said...

alahai lapo ni...tgk makanan lg lapo...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...