Saturday, 12 January 2013

Kari Ayam Gaya GOA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
En3 hari ni cuma nak cerita pasal lauk tengah hari semalam.Kari ayam ni tidak menggunakan serbuk rempah kari....ermmm rasanya sangat sedap dan memenuhi citarasa kami sekeluarga.Sangat sesuai di cicah dengan lempeng,roti canai atau roti jala. Resepi asal kari ikan gaya goa tapi sis tukar kepada ayam.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba sis sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba.




Kari Ayam Gaya GOA
Oleh:Norzie hany
sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam-potong dan  bersihkan
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
  • 500 ml santan (200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 2 biji kentang-belah 4
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan jus asam jawa. Kacau perlahan dan masukkan santan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 ulasan:

Kakzakie said...

Bukan karilah ye Norzie sebab tak guna kari. Kalau kakak panggil ungkep tapi cuma ungkep tu tak guna santan..

JaSSNaNi said...

haishhh.. sedapnyaaaa... lagi2 tengok kentang tu.. mmg feveret tul kari ayam letak kentang.. suka makan kentang..

combi said...

free nati nak try la..;p

Cik Yaya said...

wahh nmpk sedap tu..lme xmakan....huuu

thermo said...

Un mar y tierra en toda regla.
Me quedo de seguidora.
Besazos.

Evelyn Gemina said...

Wah sedapnyaaa, my peberet ni kari ayam : )

sa mic said...

aih meleleh air liur di pagi2 .. nanti balik sekolah kena cuba buat ni, hihi

Fieda Rafli said...

wah..ni pun sodap ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...