Wednesday, 9 January 2013

WW-Kek Chiffon Oren



Kek Chiffon Oren
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG

BAHAN A :-)
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 ulasan:

Anum said...

nyum2
resepi best

Kasih Salina said...

sedapnya..nampak lembut jer kek tu..

Nafira usof said...

minum petang lawan ngan teh o panas.. mebeles!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduh gebus jer tengok kek norzie ni...

Tepung bersama serbuk penaik tu .. tepung kek dalam kotak tu ke norzie..

Norzie hany said...

Cahaya hidupku(nur hayati)
Ye...saya guna tepung kek yang dalam kotak.

Tihara said...

tengok dalam gambar pun dah tau nampak lembut sangat..sedapp :)

Eyma Balkish said...

Tak pernah cuba lagi buat kek oren, teringin la pulak...

ANISRAHIM said...

gebu gebu :D

sabella mohamad said...

wah bestnya kak . nampak gebu je ;D

eita said...

kasi ita sepotong

❤Kamsiah❤ said...

tgk pic pun dah nampak gebu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dah lama tak buat chiffon... mcm teringin la pulak... adeiii...!

Myra Jay said...

Dah lama tak makan, abah MJ suka sangat kek oren ni :)

EmbunRosaliza said...

gebussnya kek cipon norzie, ada lagi ke

Acik Riotaro said...

dapppnyerrr

aTieYusof Family said...

sedapnya kek!..
nampak lembut je Kak..:)

Fieda Rafli said...

gebunya kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...