Wednesday, 27 May 2015

Ayam Masak Serai


Ayam Masak Serai

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit-untuk lumur ayam
  • Garam,serbuk perasa dan gula-secukup rasa 
Bahan untuk di kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebesar ibujari halia
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:

  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.Perasakan dengan garam,serbuk perasa dan sedikit gula.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  4. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  5. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 ulasan:

Anum said...

sedapnya
anum suka masak letak serai

Susan said...

Thanks again for the blog.Much thanks again. Really Great. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...