Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(HR Imam Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Sekejap aje masa berlalu dan seperti yang kita sedia maklum pada hari sabtu ini 21 Julai bersamaan 1 Ramadhan 1433H kita semua akan mula berpuasa.
Di kesempatan ini sis ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua rakan2 di alam maya ini dan semua umat Islam di seluruh dunia.
Semoga Ramadhan Al Mubarak kali ini akan membawa keberkatan dan keredhaan kepada kita semua dan mengukuhkan lagi ukhwah yang terbina.
Sis juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama kita mengenali di alam maya ini ada salah dan silap atau terkasar bahasa yang boleh menyinggung perasaan rakan2 ketika menulis di blog ini atau ketika memberi komen di blog kalian.
Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh khusyuk dan tawadhuk dan semoga ibadah kita di Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment