Tuesday, 3 July 2012

Rendang Daging Tok Perak


Assalamualaikum.
Rendang tok yang terkenal di negeri Perak.Sis bukan orang Perak tapi resepi ni sis minta dari kawan baik yang memang anak jati Perak.Katanya setiap kali raya pasti rendang tok menjadi juadah utama keluarga mereka.Daun limau tu kalau nak tukar pada daun kunyit pun boleh jugak....kita yang buat diakan.
Banyak kali dah sis buat rendang ni,memang sesuai dimakan dengan ketupat atau lemang.Makan dengan nasi putih atau nasi minyak pun sedap juga.
Kalau berminat bolehlah mencuba resepi ni ye.


Rendang Daging Tok Perak
Resepi: Norzie hany

Bahan-Bahan:
  • 600gm daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1/2 mangkuk kerisik
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)
  • 5 helai daun limau purut.
  • Gula Melaka secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai
Bahan-bahan sangai dan kisar:
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

Cara:
  1. Perapkan daging bersama semua bahan-bahan kisar selama lebih kurang 2 1/2 jam.
  2. Masukkan kesemua bahan2 tadi dan masak hingga daging empuk dan kuahnya pekat dan kering.
  3. Bila sudah masak angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih,nasi minyak,ketupat ataupun lemang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

25 ulasan:

Gee® said...

Lapar perut tgk rendang tok tu... tak sabar nk raya...hehehe

izz iizza said...

sy org tahu memang tahu sangat la sedap rendang ni..:)

izz iizza said...

*orang perak..:)

permata biru said...

dah lama nak cari resepi rendang tok perak..
nak try la raya nanti..selalu buat rendang ayam ja..

QueeN TerataI said...

nak raya ni boleh la belaja2 buat rendang kan kak.. hehehe

FnF Simple Life said...

hmmm...nyum3x...dah lama tak makan rendang daging...

Sari Yusa Ibrahim said...

rasa makin dekat nak raya bila tengok rendang ni, hehe

Zie said...

leh tahan endang tok ni tak reti buat, makan tahu... hukhuk

Zie said...

Salam Haniey yang cokelat tu nak letak kat mana? nak letak kat tapak shell tu ker? kat dalam kat luar?

eita said...

senang sangat tu...
raya nanti leh lah nak cube buat

Ummi Iman said...

Nak cuba buat bila berkesempatan. Nampak sedap :)

Norzie hany said...

Wsalam Zie...ditapak dan sekeliling shell sebelum dicurahkan kastard atau cheese.

Azie said...

My feveret ni. Saya belajar dg MIL. Dulu selalu lah buat terutama bila ada jamuan di rumah

Wanieys said...

sedapnya...nak buat xpandai makan tau la hikhikhik

mama sara nur said...

assalam sis
memang suka sgt rendang tok Perak ni he he maklumlah org Perak kan
cicah ngan lemang fuhhh memang x cukup sebatang lemang

~ yus ~ said...

tak pernah buat rendang tok perak, biasa buat rendang ikut resepi emak je...

tp nampak sedap tu, raya ni boleh cuba resepi ni kot...

Ros said...

Assalamualaikum Norzie,

Memang sedap kalau makan dengan ketupat nih....he.he.heee...

syiela said...

selalunya mak yang buatkan hehhehe terasa nak makan balik kampung... ^_^

zila norazila said...

salam norzie..aduusss biasa kita masak ala2 johor jew..yg perak nie x pernah buat norzi..thnks resepi yer..nk cilokk:)

izan mama mia said...

saya anak jati perak pun tak pernah masak rendang tok...kami selalu masak daging masak hitam kalau sambut raya,..rupanya macam ni juga tapi tak letak santan...kalau nak rasa,..saya boleh bagi rempahnya tapi tunggu pas rayalah..sebab raya nnt baru blk kg..stok dah habis...nnt kalau nak,...bg alamat yaa...heheh..kalau sudilah

jemarisuri said...

sedapnye kalau dpt mkn ngan nasi panas2..mesti terangkat ni..hihi

quinnie said...

haiishhh rasa cam nak raya tengok rendang tok ni kak norzie..sedapnya....lama tak buat...hehehe

el said...

rendang tok ni mmg fofular kt perak
xnah cuba resepi ni
tp mmg fevret el
kalo g umah kenduri belah2 perak tu
sure amek lauk rendang tok ni lebih dr nasi hahahah
t nak cuba msk tuk raya nti

Sujudku Untukmu said...

Nak cuba buat la raya ni.. pernah mkn rendang ni kat R&R Seremban. Mmg sedap sgt.

Sujudku Untukmu said...

Nak cuba buat la raya ni.. pernah mkn rendang ni kat R&R Seremban. Mmg sedap sgt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...