Friday, 6 July 2012

Pulut Panggang / Pulut Udang

Sedia untuk ngap.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Kenal tak kuih apa ni?.Ada yang panggil pulut udang dan ada pulak yang panggil pulut panggang.Inilah kuih kegemaran sis dan memang dah lama teringin nak makan pulut panggang ni.Kalau dulu2 nak makan apa2 kuih order aje dengan mak tapi sekarang kena la merajinkan diri bikin sendiri.
Masa sis berusia 12 tahun(darjah 6) dah kena tolong mak buat berbagai kuih untuk dijual di kantin sekolah....dah macam Dato Siti Nurhaliza la pulak.Tapi sis tak tolong jual pun cuma tolong mak buat kuih aje.
Kadang2 terimbau juga kisah silam,sedih sgt teringat kehidupan keluarga kita masa tu.


Sebelum dipanggang.

Sis call mak kat kampung tanya macam mana nak buat pulut panggang ni,sebab dah lama betul tak buat....mcm ingat2 lupa gitu.Mak cakap ada org tanak pulut tu dgn santan(macam msk nasi) dan ada org pulak kukus dengan santan dan ada tu kukus dulu pulut tu bila dah masak gaul dgn santan dan kukus lagi.Masing2 punya cara la kan.
Di atas kuali leper.
Inilah hasilnya dan berginilah resepinya....jom la cuba ye.

Pulut Panggang/Pulut Udang
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya;
  • Daun pisang yang dilayur secukupnya
  • Sedikit minyak
  • 2 cawan pulut-rendam 3 jam
  • 2 cawan santan
  • Sedikit garam

-Pulut dibasuh bersih dan masukkan kedalam loyang bersama santan dan garam.Gaul rata dan kukus sampai masak.Bila dah masak angkat.

Bahan inti:
  • 2 cawan kelapa parut
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Sedikit minyak

Bahan kisar:
  • 5 biji cili kering
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai

Cara membuat inti:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  2. Masukkan kelapa dan gaul rata.
  3. Masak dalam kuali hingga kering dan inti ni berderai(sentiasa kacau).
  4. Ambil daun pisang dan sapu sedikit minyak di atasnya.
  5. Letakkan pulut yang dikukus tadi diatas daun dan leperkan.
  6. Masukkan inti ditengah2 pulut dan gulung daun dan semat dengan lidi di kedua hujung daun ni.
  7. Bakar atau panggang hingga garing.

*Korang nampak tak pic pulut panggang yang sebelum di panggang tu bersinar.Bila dah siap dan seblm panggang sis sapu dgn minyak di bahagian luar daunnya.Dgn cara ni bila dah siap bakar nanti tak la nampak kulit pisang tu kering sgt.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

24 ulasan:

izan mama mia said...

suka sgt kuih ni..satu tak cukup tau..kalau beli...mmg dlm kuantiti byk..hahaha..nak buat sendiri,...byk sgt alasan...hehe nasib baik baca entry ni tgh malam...kalau siang td mesti dah teliur...esok boleh laa g cari ni..

sis mmg suka masak yer...buka kedai ker..maaf saya tak tahu,..please

izz iizza said...

baru jer makan pagi tadi..tapi rasa cam pulut rebus jer..urmm kecewa rasa

quinnie said...

sedapnya kak..ni antara kuih favorite saya..tapi tak pernah buat sendiri..dan bertahun jugak tak makan...huhuhu

Rosidah Binti Muhamad said...

di kedah sana org panggil pulut udang, di melaka nie org panggil pulut panggang..klu norzi tak cakap cara nak buat pulut tu saya pun tak tahu..
mmg nampak sedap..

Ummi Iman said...

Kalau balik Kelantan mesti ada pulut panggang ni. Org sana kalau buat manis pulutnya :) inti pula diorang letak serunding daging/ikan. Sedap jugalah kalau makan. Yg penting tidak terlebih manis ;)

lelamaisara said...

waw...pulut panggang tu....seke..saya suke

Joanna Yunus said...

ni favourite arwah mak saya kak...

Wanieys said...

sedap tu mak wani suka sangat la hihi

Zie said...

Itulh teringt masa lalu.. Dulu saya tlg kakak buat kuih muih ni.. Lepas spm kakak ajak gi umh dia tlg dia meniaga dan buat kuih2 ni.. So pengalamn yg sedikit tu bolehlah nak buat seeba sedikit kuih muih nih.. Plut udg ni pun buat jgak.. Emmm best

Tihara said...

saya kalau beli ni mesti dapat inti ikan..nak buat bile tah..hehe..sedap nyer :)

Trah Zain said...

pulut ni sedap giler, tp klau ad byk minyak, jg muak pulak..hehe

Yana Shaiful said...

Sedapnya..yana suka pulut udang..tringin jgk nk cuba bt sndiri..bleh ltk inti byk2 kan hihiii

Mamasya said...

Salam Norziehany. suka mkn pulut panggang tp belum pernah buat sendiri.nampak mudah bakar atas kuali leper gitu....
tkasih Norzie wish tahniah utk akk

Rulita.park said...

woww enak nih dapat pengetahuan baruu hehehe :D btw aku alergi udang kak bisa di ganti dengan ayam?ehehehe :D

jemarisuri said...

pulut panggang kalau kt ganu inti ikan..teringat plak pulut panggang sana...^^

nn lylyn said...

bagusnye kecik2 dah tau masak mcm2 =)sy dh besar ni pun terkial2 lg huhu

Azie said...

Saya suka yg inti sambal ikan spt pulut panggang Kelantan.

ummu said...

Waalaikumusalam
Sedapnya kuih pulut panggang ni..
Suka kuih ni

Asmara said...

saya kalau makan pulut panggang mesti makan bahagian intinya je. hehe.. tak tau nape kurang mkn pulut. skrg ok sikit la. :D

fieda said...

sedap ni..saya suka..

cikpingu said...

sedap ni.. nnt nk cube wat la

IntaNBerliaN said...

kalu kt trg dia xltk udang tp ikan.. adehhh tibe2 tingat pulak... sedapnya...

zila norazila said...

wahh fav jgk nie..mesti best ..nak inti tu byk2..mcm nk amik jer seketuii ha hhaa

ayut said...

nak ni kak...lame tak mkn..xmau buat.nak mkn jer.wuhahahaha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...