Tuesday, 31 July 2012

Karipap Pusing Sardin

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua yang rakan2 yang disayangi.
Sekejap aje masa berlalu di mana hari ini dah hari ke 11 kita semua berpuasa.Semestinya masing2 telah sibuk buat persiapan untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang.
Ini kali kedua sis buat karipap pusing....Walaupun tak berapa cantik tapi ada la rupa karipap pusing.
Bila tengok karipap pusing sardin sis mesti teringat rancangan Masterchef Selebriti tempoh hari.Pandai sungguh Dato Fazley buat karipap yang berpusing-pusing,kuih kegemaran Dato Siti Nurhaliza. 

Pic sebelum di goreng(herot petot)


 Untuk kulit/pastri karipap ni sis cuba dari blog Spices Journey. Kalau rakan2 nak cuba buat karipap pusing sardin sis sertakan resepinya di sini ye.

Karipap Pusing Sardin.
Oleh:Norzie hany

Bahan2 untuk inti sardin.
1 tin kecil sardin cap pertima-lecek/hancurkan
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih
Sedikit perahan air limau 
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menumis


Cara buat inti.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili garing sedikit.
  • Masukkan sardin dan kacau rata.
  • Perasakan dengan air perahan limau,garam dan gula.
  • Kacau sebati hingga inti agak kering



Kulitnya(dari blog Spices Journey)

Bahan-bahan Doh A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin.

Untuk Doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air -anggaran.

Untuk buat pastri karipap pusing step by step sila klik SINI ye.Halalkan sis ambil resepi ni ye Shiela untuk berkongsi bersama rakan2 yang lain.Terima kasih.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

15 ulasan:

Ummi Iman said...

Askm. Sejak kak norzie bertukar wajah ni, rasanya belum sempat menyinggah / terlepas pandang :)

Berat sikit blog k.norzie nak keluar di iPad saya.

Karipap sardin kesukaan saya, AI dan Iman :) Bilalah nk buat.

Nazayiena said...

Karipap pusing sekali je Nurul pernah buat tu pun dgn Mil.

QasehnyaRania said...

selalu buat karipap sardin biasa je..nak belajaq buat karipap pusing pla la nnti

nur said...

mmm..dah lama xwat karipap nih..bila tgk pic nih rs cam nak wat la pulak..hee..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

Rohah said...

sedapnye ada kipap pusing...

rostina76 said...

Kalau tgk karipap pusing mesti teringat @arwah MIL.....btw, seriously cantekkk karipap pusing u ni.

Saya Disini said...

sepnye

IntaNBerliaN said...

alahaiii sedapnya karipap pusing :-)

IntaNBerliaN said...

alahaiii sedapnya karipap pusing :-)

Tihara said...

comelnya karipap pusing dia, menajdi elok..my fav ni :)

ayut said...

ayut suka sangat karipap!sedappp...hihi

|| NaFiRaa || said...

petang nih nak carik karipap pusing lah..keh keh keh

Ucu Faridah said...

tak sanggup buat karipap pusing.. takut terpusing tangan dgn kepala sekali...hahaha..yg sebetulnya ucu x pandai pon buat karipap mcm tu...

cantik je kejadiannya....

Evelyn Gemina said...

Salam kak Norzie, wah nampak sedap & cantik karipap pusing tu : ) TQ sbb sudi follow dapur saya : )

fieda said...

sedapnyer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...