Tuesday, 17 July 2012

Mee Hailam


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kepada semua follower baru dan lama yang sudi singgah di sini.Bertemu lagi kita di alam maya ini dan semoga semuanya sihat hendaknya disamping insan2 tersayang.
Entry kali ini sis nak berkongsi resepi mee hailam yang sis jumpa dalam majalah mingguan wanita 2008.
Sebenarnya sis bukan suka makan benda2 yang tak pedas ni tapi bila tengok gambar mee hailam dalam majalah tu tertarik pulak nak mencuba.Dalam hati memang dah tahu mesti daku makan sikit aje selebihnya talak pada si bongsu.Bila hidangan dah ada depan mata sis tak makan dulu,sis nak tengok reaksi hubby dan si bongsu.Bila sampai suapan mereka yang kedua,sis tanya hubby berapa bintang(mmg setiap masakan selalu soalan ni akan ditanya).Hubby terus jawab 10 bintang,yang si anak bukan main makan lagi macamlah sedap sgt.Bila sis cuba memang betul....resepi ni mmg best.Korang cuba tau...tambah2 yang ada anak2 kecil,sesuailah sangat sebab tak pedas.

Mee Hailam
Bahan-bahannya:
  • 200gm mee kuning
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk
  • 200gm isi ayam dihiris nipis
  • 4 ekor udang
  • 2 cawan stok ayam
  • 11/2 sudu sos tiram
  • Kicap pekat,garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kobis,sawi dan tepung jagung
Cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak.Masukkan bawang putih dan goreng hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam,udang dan stok ayam.Tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan sos tiram,kicap pekat manis,gula ,garam dan perisa secukupnya.
  4. Masukkan kobis,sawi dan tepung jagung dan akhir sekali masukkan mee kuning.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 ulasan:

Lawa Collections✿ said...

simple resepi ni..nanti boleh;lah cuba ;)

eita said...

senang sangat tu...
nanti kalau free nak buat untuk menu bukak pose...

izz iizza said...

sedap..sedap..:)

Liza said...

betul tu, simple dan nmpk sedap....nak sikit boleh? hihiihhii...

saly@mama-i said...

sedap2.. dan senang.. yup leh cuba nnti..:)

Acik Erna said...

salam norzie..memang sedap la tu..anak2 acik pun suka..mee kicap dia orang panggil

Sari Yusa Ibrahim said...

senangkan buat mee hailam, sedap pun sedap, lagi2 kalau makan dengan cili jeruk.. ngeee..

Ummi Iman said...

Suka juga mee hailam. Semua jenis mee saya suka ;)

Asmara said...

suka mee hailam mkn dgn lada jeruk. ;)

Rosidah Binti Muhamad said...

Mee hailam..tak pernah buat sendiri biasa beli kat kedai jer..

mama aryan said...

tak pernah masak mee ni..hehe

Zie said...

terliur terliur. hehe

Kakzakie said...

habis baca terus kakak teringin nak makan dah Norzie:) Alaaa... kakak belilah malam ini (nampak tak kakak punya malas norzie)..

Qhaifa Nur said...

susah nak buat mee hailam, rajin beli aja...

fieda said...

akak...nak sepinggan..saya terliur ni..

Tihara said...

mee hailam best ni :)

Amie said...

Lamanya tak masak, tak makan mee hailam yang sangat lazat ni! Teringinnnnn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...