Saturday, 21 July 2012

Kuih Talam Berlauk


Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Bulan puasa ni masa untuk berpersiaran seperti selalu agak terhad....busy sgt2.Terus pada en3 kali ini....kuih talam berlauk yang sis buat utk juadah sampingan berbuka puasa kami.Sebenarnya first time tengok kuih talam berlauk ni di blog Azie...memang tergoda sgt2.Syukur Alhamdulillah tertunai juga hajat nak buat kuih talam ni....ermmm memang sedap.
Sis sertakan resepinya di sini...Selamat mencuba.


Kuih Talam Berlauk
Oleh:Norzie hany
Bahan bahan :
Utk bahagian bawah:
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.
Untuk Lauk:
200 gram udang saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi


Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus.
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa.

Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.
Cara Membuat Talam Berlauk:
Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit.
Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan.
Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi.
Guna bekas kecil, saya cuma kukus lagi 20 minit.
Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Zie said...

kakak.ipar suka buat ni. kalau balik.kg dia akan buat kueh ni. anak2 dia suka makan.. sedap jugak.

Amie said...

Kami pun suka makan kuih talam berlauk, kalau dah makan tak tahu nak berhenti he he he hhh...

eita said...

Meh lh sini skit

Ummi Iman said...

Saya suka kuih ni. Dah lama tak makan. Jarang org jual skrg

Tihara said...

selalu makan cara berlauk..tk pernah try lagi yg ni :)

ummi_norseha said...

wah cukup2 bt hati terpikat...x pernah lg mncuba..:)

ayut said...

meriah btul atas ye kak :)

SaddLone said...

yahhh sedap..aku cuba dulu yer! :)

pwincess Lov3y dOv3y said...

wah nampak sedap la..:)
leh dipraktikkan nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...