Wednesday 1 August 2012

Serunding Ikan Bilis


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua follower lama dan baru blog Sentuhan Norzie hany.
Terima kasih kerana sudi berkunjung di sini....hari ni kalau sempat sis nak bw ke semua rakan bloglist sis dan setibanya di sana sis akan klik iklan di blog kalian semua...InsyaAllah.Kalau tak habis hari ni akan di sambung esok.
Terus pada tajuk en3 hari ini.Kalau nak tahu dari pagi hampir nak masuk solat zohor baru siap buat serunding ikan bilis ni.Lenguh kaki berdiri di tepi dapur,mengacau hingga serunding ni kering dan berderai.
Hajat nak buat mini popia simpul kalau ada lebih boleh juga buat mini karipap.
Tahun2 sebelum ni selalunya sis buat serunding udang kering tapi tahun ni nak cuba guna ikan bilis pulak.Rasa tak tahu la sedap ke tidak sebab tengah puasakan tapi masa masak tadi bau serunding ni punyalah wangi.Jangan orang sebelah kata koi tak puasa sudah.
Kalau kawan2 nak cuba serunding ikan bilis ni,sis sertakan resepinya di bawah ye. 


Serunding Ikan Bilis
Resepi:Norzie hany

Bahan A:
  • 400gm ikan bilis
  • 2 senduk cili kisar
  • 4 cawan santan
  • 1/2 cawan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan B(kisar)
  • 4 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1nci kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 1/2 inci lengkuas

Cara membuatnya:
  1. Basuh bersih ikan bilis dan toskan airnya hingga kering
  2. Kisar halus semua ikan bilis guna pengisar kering.
  3. Panaskan kuali dan masukkan semua bahan A dan bahan B.
  4. Perasakan garam dan gula secukupnya.
  5. Kacau diatas api guna api berlahan hingga serunding kering dan berderai(mengambil masa yang lama)
  6. Bila sudah siap bolehlah angkat dan sejukkan.
  7. Serunding ini sesuai untuk buat mini popia atau karipap mini.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

27 ulasan:

IntaNBerliaN said...

thanks resepi ni kak.. lnkali nak try la.. tingin nak buat popia ;-)

Kazman / Sue said...

serunding ni boleh buat sahur tak....

Saya Disini said...

wah..sedapnye

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Nice entry yaa :)

Masya said...

kene tekun kan kalau nak buat popia comel² ni .. suke makan .. nak buat jer malas hihihihihihi

Rozie said...

srunding dgng mcm ni jugk yer.. hehe suka simpul kasih.. rjin dok simpul dgn hubby.. hehe dia suka mkn

Ujie Othman said...

kalau tengok resepinya tu..mesti sedap rasa serunding awak. saya ada buat tapi resepi lagi simple.

Rozie said...

klik jgk

are_lin@yu said...

sedap..ratah pn sedap ni..hehe..klik sini jgk ;-)

Anonymous said...

slalu buat guna serunding ikan yg dh siap cuma gulung popia je...^^

IntaNBerliaN said...

singgah klik hishop :-)

quinnie said...

wahhh menarik juga resepi serunding akak ni...macam2 ada kat dlm nya...tak pernah makan yg ada letak kerisik..kena rajin betul2 ni kalau nak buat nih..hehehhe

LYAfrina said...

x pnh lg mkn erunding ikan bilis..n bru tau ikn bilis pon buat serunding

Amie said...

Tentu sedap serunding ikan bilis nih... halus berderai nampaknya! Belum pernah makan lagi...first time nampak di sini he he he heh jakunnya saya!

izz iizza said...

mesti sedap ni..:)

iza nk klik nuffnang juga..:)

syiela said...

sedapnya nampak.. buat mkn dgn ketupat pun best juga ni

nuff d sni juga

Unknown said...

wah bestnya..nana suka je mini karipap tu,lama da xmkn:)

tq sis!klik nuff siss juge..heee^-^

Si Matatajam said...

Nice sharing..cam best M tgk.. Kalau nak makan serunding nnt bleh la M try

Si Matatajam said...

M datang balik klik2 semua nuff tu..

Ruse Sulaiman said...

Suka popia simpul. Selalu nk buat x jd2 ;)

Hang lah kak.. Ada animated widget ke kak norzie? Byk kali kena refresh :( sblm ni blog cik jai. Bila saya bgtau dia dah ringankan blog dia baru ok. Tak penuh viewnya.

Ruse Sulaiman said...

Klik Volkswagen :)

Unknown said...

saya pun suka serunding nie....tq kongsi resepi yew,..

p/s..blog saya mmg xder iklan..dulu ada gak letak sekejap...hihiih

Unknown said...

pertama kali dngar serunding ikan bilis..besanya ayam ..daging..

fieda said...

saya pun pertama kali ni dengar serunding ikan bilis..terima kasih kak berkongsi..

ayut said...

nk bt ni..tp kena bli blender dlu..pas raye blh la nk msak2 dgn lbh gigih :)

QasehnyaRania said...

sedap ni..mak saya suka buat serunding ni.cicah dengan ketupat..simple n tak guna santan..
saya pula slalu guna buat mini popia
;)

shedamieyda@gmail.com said...

On the way buat .. nampak cam sedap . hopefully la 🤗

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...