Wednesday, 8 August 2012

Biskut Donut/Snow White Cookies


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Tahun ni memang beraya dengan kuih buatan sendiri,rajin sungguh Pn Norzie(Perasan).Kalau nak tahu tahun2 sebelum ni banyak kuih tunjuk yang terhidang di atas meja.Pasal kuih-muih ni hubby i memang tak kisah nak beli ke atau nak buat terpulang pada i.
Puas hati buat sendiri...semua biskut i guna buttercup u.
Lupakan semua tu...jom kita bercerita pasal biskut donut ni.Resepi ni dari blog kak Wan....sis suka cuba resepi biskut dari blog beliau.Kalau korang nak tahu biskut ni rangup dan sedap sgt.
Terima kasih ye kak Wan kerana sudi berkongsi resepi biskut donut yang enak ni dan mohon di panjangkan di blog ni pula untuk rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.  


Biskut Donut/Snow White Cookies
By:Norzie Hany
Sumber: Citarasawan

Bahan A
150gm mentega
30gm shortening
100gm gula kastor 1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B
200gm tepung gandum
60gm tepung jagung
30gm nestum(kisar)
3 sudu besar susu tepung

Hiasan:Coklat masakan putih dan manik warna-warni.

Cara:

  1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan berlubang.Bakar pada suhu 150c selama 20 minit.sejukkan.
  3. Celup biskut dengan coklat putih yang di cairkan secara double boiler.Tabur manik warna-warni.
  4. Biar coklat beku dan simpan dalam bekas.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

19 ulasan:

zila norazila said...

salam sis..dh berapa jenis wt kukih nie..rajin btl..kuih donut cantik la:)

lina_pg said...

Assalam.rajinnya ngukis..nmpk menarik la kukis donut ngan topping white coklat tambah lak boh manik kalerpul tuh..comel sgt

Yana Shaiful said...

Salam sis..waaahhh dh byk jenis kukis akak bt nii..suka plak tgk kukis donut nii..mst sedap ^^

ayut said...

ingt donut gebu tu kak..biskut ke..shortening tu ap ek?ni la klu jrang bt kuih..smua tak tahu..huhuhu

Saya Disini said...

morning...comeinye..mesti sedp ni..nk try buat la nnti

|| NaFiRaa || said...

tak pernah tengok plak biskut donut nih.. kirim shah alam sikit boleh tak..mueehehhe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantiknyerr....

Amie said...

Lawa dah biskut donutnya tu bermake - up... tunggu ngap masuk mulut je...

Wanieys said...

sedap pulak nmpak biskut donut ni eheee

Zie said...

betul tu sis chumil dan sedap,...

eita said...

tak suka makan donut tapi suka tengok da sebab dia cute..

Rohah said...

alahai comel biskut akak ni..

Pink Lavender said...

canteknyer kueh sis..
makneng mood baking masih ke laut lg..
balang kueh sis pon cantek sgt

makneng follow sini
jemput follow makneng

Che Rosliza Che mat said...

cutenya biskut donut sis...mesti sedap...

Che Rosliza Che mat said...

cutenya biskut donut sis...mesti sedap...

mama sara nur said...

assalam sis
byk dah wat cookies, comel je btk donut ni

Tihara said...

comey nye..tingin la nak buat :)

Ummi Iman said...

Menarik belum jumpa lg biskut donut. Apa dia emplex tu? Nanti akak buat entri bahan2 masakannya. Nama dan gambar ;) utk yg tak selalu ke dapur mmg tak kenal kalau ada bahan pelik2 ni ;) berat balik nak masuk sini. :(

p.s: akak Email alamat ya... ruse_nrk@yahoo.com

ummi_norseha said...

donut kesukaan ank kmbr ibu...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...