Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Buku Resepi Variasi Kek Lapis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 
Hobi tuan blog memang suka sangat beli majalah,novel dan buku-buku resepi.Sejak tahun 2005 lagi dah start beli majalah mingguan wanita,kalau nak tahu dah satu almari penuh dengan majalah ni....mana taknya sebulan 4 kali keluaran.Setiap kali beli majalah ni helaian yang mula2 sis buka ialah bahagian resepi.Minat memasak membuatkan sis rajin beli majalah/buku2 berkaitan resepi seperti majalah rasa,nona dan banyak lagi.
Terus pada tajuk en3....Sudah dua bulan lepas beli buku resepi ni,harganya taklah mahal sangat cuma Sem.Malaysia Rm19.90 dan Sabah/Sarawak Rm22.90.Buku resepi variasi kek lapis hasil karya Noraini Zakaria ni memang sangat menarik.Setiap resepi kek lapis yang disediakan disertakan sekali langkah demi langkah cara membuatnya dan sangat sesuai kepada mereka yang baru hendak belajar membuat kek lapis.
Di en3 akan datang sis akan sertakan info menarik yang terdapat dalam buku variasi kek lapis ni untuk rujukkan kita semua.Kepada yang berminat nak membuat pelbagai jenis,corak,warna dan lapisan yang lebih menarik untuk kek lapis anda....jom dapatkan buku ini pasaran dengan segera.  



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 12 September 2012

Penyediaan Kek Yang Lazat

Terdapat pelbagai cara membuat kek.Walau apa resepi yang anda pilih,satu aspek penting ialah persediaan asas yang di perlukan.Ini kerana kejayaan dan kelazatan dalam rasa dan bentuk bergantung kepada faktor ini.
  • Tepung mesti di ayak sebelum di gunakan.
  • Mentega adalah lelemak yang paling sesuai untuk membuat kek kerana ia menghasilkan perasa yang enak dan membuat kek tahan lama.
  • Gula castor halus boleh di gunakan untuk membuat semua jenis kek berkrim.Gula yang kasar akan menghasilkan bintik-bintik di permukaan kek.
  • Telur adalah bahan penting untuk menghasilkan kek yang ringan.Gunakan telur yang di simpan pada suhu bilik.
  • Serbuk penaik mestilah di ayak bersama tepung gandum.
  • Jangan keluarkan kek ketika ia sedang dibakar dan elakkan dari membuka pintu ketuhar sehingga sampai tempoh masa minimum yang di tetapkan dalam resepi.
  • Kek krim atau mentega di kira masak apabila ia melantung kembali setelah di tekan dengan jari.Manakala kek buah-buahan mestilah di uji dengan lidi dan di kira masak jika hujung lidi bersih setelah di cucuk.
  • Masukkan kek di bahagian tengah ketuhar di mana suhu di keliling ketuhar beredar.
  • Jika di masak dua jenis kek dalam satu ketuhar,letakkan dalam kedudukan yang sama agar kek ini masak serentak.Untuk menggelakkan kek yang cantik naiknya tetapi turun setelah sejuk ialah dengan cara mengurangkan ejen penaik atau biarkan kek masak lebih lama sedikit.(lebih kurang 5 minit)
  • Permukaan kek yang melekit di sebabkan suhu ketuhar yang rendah.Periksa suhu ketuhar dengan termometer ketuhar untuk mendapatkan suhu yang betul.
  • Ketuhar yang terlalu panas atau acuan kek terlalu kecil akan menyebabkan permukaan kek pecah atau merekah.
  • Jika bekalan elektrik terputus,biarkan sahaja kek di dalam ketuhar.Jika bekalan di hidupkan dalam masa 5-10 minit,anda boleh terus membakarnya.Jika masanya lebih panjang,buang sahaja kek itu.
Oleh:Norzie hany
Sumber: Majalah Mingguan Wanita 2006




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 23 June 2012

Sukatan dari cawan ke gram/liter

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.
Hari ini sis nak berkongsi sedikit info mengenai sukatan dari cawan ke gram/liter. En3 ni lebih kepada untuk menjawab pertanyaan seorang rakan kita ni dan panduan untuk kita semua juga.Ovellete tu warnanya kuning dan boleh didapati di kedai bakery atau supermarket. 


Sukatan untuk bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter. Sebagai panduan.Info dari sini .



Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 25 May 2012

Petua/Tips Membakar Biskut.

Imej google


Assalamualaikum dan salam sejahtera .Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang ke sini.
Hari ini sis nak berkongsi sedikit petua atau tips membakar biskut.Mungkin boleh di jadikan sedikit panduan kepada orang2 yang baru ingin belajar memasak seperti sis ni.
Sebenarnya info /petua membakar biskut ni sis terjumpa masa belek2 majalah mingguan wanita 2007.


Petua Membakar Biskut.

1)Menyejukkan dulang membakar.

Selepas mengeluarkan biskut daripada ketuhar,sentiasa sejukkan dulang selama 5-10 minit sebelum menggunakannya semula untuk membakar biskut yang lain. Dulang yang panas akan membuatkan doh biskut masak sebelum dibakar dan ini akan menjejaskan campuran doh dan masa membakar yang sepatutnya.Adalah di nasihatkan juga untuk memeriksa biskut anda  ketika membakarnya,bagi memastikan ianya dibakar dengan rata dan tidak hangus.

2)Memotong kepingan biskut.

Anda boleh mengelakkan serpihan atau bahagian tepi yang menggerutu apabila memotong kepingan biskut dengan memotongnya menggunakan pisau yang dibilas kerap dengan air sejuk.Air akan mengelakkan serpihan,supaya ia tidak menjejaskan bahagian tepi biskut ketika di potong.

3)Apabila menggunakan dua rak.

Bagi memastikan biskut anda dibakar dengan rata,gunakan satu rak sahaja.Jika anda perlu menggunakan dua rak,letakkan dulang pada satu atau dua tingkat berasingan,dalam kedudukan yang membolehkan pengudaraan.Jangan sesakkan ketuhar dan elakkan membukanya ketika membakar.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 4 May 2012

Tip memasak BISKUT DAN KEK.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung diblog ini.
Hari ni saya nak berkongsi sedikit info atau tip memasak biskut dan kek yang saya terjumpa dalam majalah rasa tahun 2005.Jika kita tahu teknik memasak dan mencampur ramuan dengan tepat,hasil biskut dan kek yang dimasak akan menjadi elok.  
Namun untuk mendapatkan hasil masakan yang memuaskan,terdapat beberapa langkah perlu dipatuhi,agar kek dan biskut anda tampil kemas dimata tetamu.Lebih penting,masa anda tidak terbuang begitu sahaja kerana masakan tidak menjadi.  
Berikut adalah senarai info berguna lagi praktikal,boleh anda amalkan ketika proses penyediaan kek dan biskut kelak.

1)Panaskan ketuhar terlebih dahulu untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki oleh sesuatu resepi sebelum mula membakarnya.

2)Gunakan gula halus apabila dinyatakan dalam resepi kerana gula yang tidak larut akibat tidak cukup diputar akan menyebabkan terdapatnya bintik2 putih dipermukaan kuih-muih. 



3)Gunakan telur yang besar pada suhu bilik kerana apabila dipukul,akan mengembang daripada telur sejuk.
-Telur besar 70-75gm
-Telur sederhana 60-65gm
-Telur kecil 55gm

4)Apabila memukul telur dan gula,pukul pada kelajuan tinggi sehingga campuran pekat dan putih.

5)Pastikan kuning dan putih telur tidak bercampur ketika diasingkan.Sedikit kuning telur yang termasuk kedalam putih telur boleh diasingkan dengan menggunakan separuh kulit telur.

6)Jangan campurkan telur terlalu cepat kedalam adunan berkrim kerana ia akan mendidih.Walau bagaimana pun,jika campuran mendidih juga,masukkan sedikit tepung.

7)Apabila mencampurkan tepung kedalam kek span,kaup dan balikkan dengan cepat bagi mengelakkan kehilangan gelembung udara yang terperangkap semasa memukul telur.Gelembung udara ini memberi rasa yang ringan dan halus pada kek.

8)Pastikan adunan di tepi mangkuk di kikis dan di campurkan sehingga sebati kerana bahan-bahan yang tidak sebati boleh menyebabkan permukaan kek berbelang.

9)Untuk menyamakan tepung biasa dengan tepung berserbuk penaik,campurkan dua sudu teh serbuk penaik kedalam 120gm tepung gandum serbaguna.


10)Jangan membuka pintu ketuhar dalam masa 20 minit pertama semasa membakar kerana pertukaran udara yang mendadak boleh menyebabkan kek terbenam(tenggelam).Suhu ketuhar yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kek tenggelam kerana adunan dipaksa naik terlalu cepat.

11)Kek span yang tidak cukup masak atau disejukkan dalam udara kering menyebabkan kek kecut dan berkedut.

12)Pastikan kek betul2 masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar.Cara yang baik untuk memastikan kek sudah masak,ialah dengan mencucuk pencucuk kuih di tengah2 kek.Jika alat penguji kek ini bersih,ia menunjukkan kek boleh di keluarkan dari ketuhar.

13)Kek span elok di makan pada hari ia di buat.Kek menggunakan mentega pula elok di simpan di dalam bekas yang kedap udara untuk beberapa hari.Gingerbread atau kek buah-buahan yang semakin sedap ialah apabila di simpan lebih lama.

14)Kek dan biskut tidak boleh disimpan di dalam bekas yang sama kerana biskut akan lemau.

17)Yis basah mestilah bewarna putih dan kekelabuan.Ia mesti naik dan berbuih apabila dimasukkan kedalam susu atau air suam dalam masa 10-15 minit.Jika tidak,yis itu sudahpun basi.

18)Akhir sekali,pastikan air di dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus kek.

Selamat Memasak (sumber majalah rasa 2005)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 25 April 2012

Kenali Aneka Tepung


Tepung merupakan bahan masakan yang terpenting dalam kehidupan seharian.Tanpanya pasti banyak hidangan yang tidak sempurna,apatah lagi bagi roti dan pastri.
Dengan kehadiran tepung,pelbagai hidangan enak kegemaran keluarga boleh kita sediakan.Selain kuih-muih,kita juga boleh menghasilkan aneka jenis kek,pastri,roti,mee,laksa,puding dengan menggunakan pelbagai tepung.
Umumnya tepung diperbuat dari gandum,jagung,beras,ubi dan sebagainya.Lebih menarik,ia turut mengandungi kanji yang merupakan karbohidrat kompleks.
Tahukah anda,sekiranya tepung yang ingin digunakan dikeringkan terlebih dahulu iaitu di jemur atau disangai,ia dikatakan mampu memanjangkan jangka hayat sesuatu produk?Bagi mendapat tekstur tepung yang lebih halus,anda boleh mengayak tepung sebanyak 3 kali dengan ketinggian sekurang-kurangnya 15 sentimeter.
Mari kita berkongsi sedikit panduan dalam memilih tepung dan memahami kesesuaian penggunaannya.

Tepung gandum.

Tepung gandum boleh dibahagikan 2 jenis iaitu tepung putih dan tepung perang.Seandainya gluten dalam tepung rendah,doh yang terhasil akan bersifat lebih lembut berbanding tepung yang memiliki kandungan gluten tinggi.Biasanya tepung bersifat lembut ini berkebolehan menghasilkan bancuhan yang baik.Ia juga acap kali digunakan untuk membuat kek.Tepung yang mewah dengan gluten pula lebih sesuai untuk menghasilkan pastri.Terdapat beberapa jenis tepung gandum dan kualitinya bergantung kepada gandum yang digunakan dan proses pengisarannya.

1)Tepung protein tinggi(High Protein Flour)
-Lebih dikenali sebagai tepung roti.Sesuai untuk membuat roti kerana daya anjalnya agak tinggi dan lebih sempurna sekiranya diadun dengan yis.Kandungan protein yang tinggi mencecah sehingga 11-12.5%.

2)Tepung serbaguna(Plain Flour)
-Tepung gandum yang mengandungi kadar protein yang sederhana sekitar 8-10%.Sesuai untuk sebarang jenis masakan.Lazimnya tepung ini mudah diperolehi.Ia sesuai  digunakan untuk sebarang jenis masakan.

3)Tepung berprotein rendah(Low Protein Flour)
-Mengandungi kandungan protein sukitar 6-8%.Biasanya digunakan untuk membuat kek chiffon,kek span dan kuih kulit bergoreng.

4)Tepung gandum tulen(Wholemeal-wholewheat flour)
-Tepung gandum tulen mengandungi serat yang tidak boleh hancur.Ia tidak boleh diayak.Ia sesuai digunakan sebagai bahan pembuat roti,mee,pasta dan donat.Hasilnya juga agak berat.

Tepung Jagung

Tepung jagung sangat popular sabagai bahan pemekat masakan.Malah ia sering digunakan untuk gorengan kerana ia merangupkan makanan.Selain dinegara kita tepung jagung sangat penting bagi masyarakat di Selatan dan Barat Daya Amerika Syarikat.Bagi masyarakat Mexico,tepung jagung di gunakan untuk membuat tortilla dan tamales.

Tepung beras

Tepung beras diperbuat dari beras yang dikisar menjadi tepung.Ia sangat popular dikalangan masyarakat Asia kerana hidangannya banyak mengunakan tepung beras.Biasanya tepung beras digunakan  untuk tepung gorengan dan membuat kuih-muih melayu seperti  tepung pelita,tepung talam,seri muka,kuih lapis dan sebagainya.Tepung beras juga boleh dijadikan laksa yang digemari oleh masyarakat tempatan.Kaum India popular menggunakan tepung beras untuk membuat tosai.

Tepung Pulut.

Tepung pulut diperbuat daripada 100% beras merah asli,iaitu beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya.Biasanya ia di import dari Thailand.Ia dihasilkan dengan teknologi moden sehingga kandungan khasiat yang ada di dalam beras  tidak hilang.Apabila ia dicampurkan dengan air,adunannya menjadi doh yang agak kenyal sedikit.Jadi sangat sesuai untuk membuat kuih yang kenyal dan mengandungi inti di dalamnya seperti kuih koci,kuih buah melaka dan sebagainya.

Tepung Atta

Tepung atta atau tepung chapati sangat popular dikalangan masyarakat India.Ia diperbuat dari tepung gandum halus yang baik.Biasanya digunakan untuk membuat roti dan chapati iaitu makanan popolar kaum India.

Tepung ros

Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan yang boleh merangupkan biskut.Namun anda tidak perlulah mengurangkan sukatan tepung jagung dalam resepi anda.

Tepung kastard

Tepung kastard diperbuat dari campuran kanji jagung,garam,pewarna dan perisa yang dibenarkan.Selain untuk mewangikan,ia sering digunakan untuk membuat puding dan membentuk tekstur kek lebih rapat.

Tepung sagu.

Tepung sagu ialah tepung yang diproses daripada sagu pokok rumbia.Biasanya ia digunakan sebagai bahan campuran dengan tepung gandum untuk membuat kuih-kuih tempatan.Kuih yang popular ialah kuih bangkit,campuran tepung gorengan dan keropok lekor.

Tepung kacang pea

Tepung kacang pea dibuat daripada kacang pea yang dipanggang dan dikisar halus menjadi tepung.Biasanya warnanya sedikit perang dan biasanya digunakan sebagai campuran dengan tepung lain untuk membuat kuih.kuih yang popular menggunakan tepung kacang pea ialah kuih tepung talam. 

Tepung Hong Kong

Ia juga dikenali sebagai 'water lily flour'.Tepungnya sangat putih dan sering digunakan untuk membuat pau dan juga kek lapis.Kandungan proteinnya dari 9-10.5%

Tepung Hoen Kwee

Biasanya ia digunakan untuk membuat kuih-muih.Ia dibezakan menerusi warna pembungkusannya.misalnya oren mempunyai adunan tepung kekuningan,hijau mempunyai adunan tepung kehijauan dan biru mengandungi adunan tepung berwarna putih.

Sumber majalah rasa  


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...