Wednesday, 25 April 2012

Kenali Aneka Tepung


Tepung merupakan bahan masakan yang terpenting dalam kehidupan seharian.Tanpanya pasti banyak hidangan yang tidak sempurna,apatah lagi bagi roti dan pastri.
Dengan kehadiran tepung,pelbagai hidangan enak kegemaran keluarga boleh kita sediakan.Selain kuih-muih,kita juga boleh menghasilkan aneka jenis kek,pastri,roti,mee,laksa,puding dengan menggunakan pelbagai tepung.
Umumnya tepung diperbuat dari gandum,jagung,beras,ubi dan sebagainya.Lebih menarik,ia turut mengandungi kanji yang merupakan karbohidrat kompleks.
Tahukah anda,sekiranya tepung yang ingin digunakan dikeringkan terlebih dahulu iaitu di jemur atau disangai,ia dikatakan mampu memanjangkan jangka hayat sesuatu produk?Bagi mendapat tekstur tepung yang lebih halus,anda boleh mengayak tepung sebanyak 3 kali dengan ketinggian sekurang-kurangnya 15 sentimeter.
Mari kita berkongsi sedikit panduan dalam memilih tepung dan memahami kesesuaian penggunaannya.

Tepung gandum.

Tepung gandum boleh dibahagikan 2 jenis iaitu tepung putih dan tepung perang.Seandainya gluten dalam tepung rendah,doh yang terhasil akan bersifat lebih lembut berbanding tepung yang memiliki kandungan gluten tinggi.Biasanya tepung bersifat lembut ini berkebolehan menghasilkan bancuhan yang baik.Ia juga acap kali digunakan untuk membuat kek.Tepung yang mewah dengan gluten pula lebih sesuai untuk menghasilkan pastri.Terdapat beberapa jenis tepung gandum dan kualitinya bergantung kepada gandum yang digunakan dan proses pengisarannya.

1)Tepung protein tinggi(High Protein Flour)
-Lebih dikenali sebagai tepung roti.Sesuai untuk membuat roti kerana daya anjalnya agak tinggi dan lebih sempurna sekiranya diadun dengan yis.Kandungan protein yang tinggi mencecah sehingga 11-12.5%.

2)Tepung serbaguna(Plain Flour)
-Tepung gandum yang mengandungi kadar protein yang sederhana sekitar 8-10%.Sesuai untuk sebarang jenis masakan.Lazimnya tepung ini mudah diperolehi.Ia sesuai  digunakan untuk sebarang jenis masakan.

3)Tepung berprotein rendah(Low Protein Flour)
-Mengandungi kandungan protein sukitar 6-8%.Biasanya digunakan untuk membuat kek chiffon,kek span dan kuih kulit bergoreng.

4)Tepung gandum tulen(Wholemeal-wholewheat flour)
-Tepung gandum tulen mengandungi serat yang tidak boleh hancur.Ia tidak boleh diayak.Ia sesuai digunakan sebagai bahan pembuat roti,mee,pasta dan donat.Hasilnya juga agak berat.

Tepung Jagung

Tepung jagung sangat popular sabagai bahan pemekat masakan.Malah ia sering digunakan untuk gorengan kerana ia merangupkan makanan.Selain dinegara kita tepung jagung sangat penting bagi masyarakat di Selatan dan Barat Daya Amerika Syarikat.Bagi masyarakat Mexico,tepung jagung di gunakan untuk membuat tortilla dan tamales.

Tepung beras

Tepung beras diperbuat dari beras yang dikisar menjadi tepung.Ia sangat popular dikalangan masyarakat Asia kerana hidangannya banyak mengunakan tepung beras.Biasanya tepung beras digunakan  untuk tepung gorengan dan membuat kuih-muih melayu seperti  tepung pelita,tepung talam,seri muka,kuih lapis dan sebagainya.Tepung beras juga boleh dijadikan laksa yang digemari oleh masyarakat tempatan.Kaum India popular menggunakan tepung beras untuk membuat tosai.

Tepung Pulut.

Tepung pulut diperbuat daripada 100% beras merah asli,iaitu beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya.Biasanya ia di import dari Thailand.Ia dihasilkan dengan teknologi moden sehingga kandungan khasiat yang ada di dalam beras  tidak hilang.Apabila ia dicampurkan dengan air,adunannya menjadi doh yang agak kenyal sedikit.Jadi sangat sesuai untuk membuat kuih yang kenyal dan mengandungi inti di dalamnya seperti kuih koci,kuih buah melaka dan sebagainya.

Tepung Atta

Tepung atta atau tepung chapati sangat popular dikalangan masyarakat India.Ia diperbuat dari tepung gandum halus yang baik.Biasanya digunakan untuk membuat roti dan chapati iaitu makanan popolar kaum India.

Tepung ros

Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan yang boleh merangupkan biskut.Namun anda tidak perlulah mengurangkan sukatan tepung jagung dalam resepi anda.

Tepung kastard

Tepung kastard diperbuat dari campuran kanji jagung,garam,pewarna dan perisa yang dibenarkan.Selain untuk mewangikan,ia sering digunakan untuk membuat puding dan membentuk tekstur kek lebih rapat.

Tepung sagu.

Tepung sagu ialah tepung yang diproses daripada sagu pokok rumbia.Biasanya ia digunakan sebagai bahan campuran dengan tepung gandum untuk membuat kuih-kuih tempatan.Kuih yang popular ialah kuih bangkit,campuran tepung gorengan dan keropok lekor.

Tepung kacang pea

Tepung kacang pea dibuat daripada kacang pea yang dipanggang dan dikisar halus menjadi tepung.Biasanya warnanya sedikit perang dan biasanya digunakan sebagai campuran dengan tepung lain untuk membuat kuih.kuih yang popular menggunakan tepung kacang pea ialah kuih tepung talam. 

Tepung Hong Kong

Ia juga dikenali sebagai 'water lily flour'.Tepungnya sangat putih dan sering digunakan untuk membuat pau dan juga kek lapis.Kandungan proteinnya dari 9-10.5%

Tepung Hoen Kwee

Biasanya ia digunakan untuk membuat kuih-muih.Ia dibezakan menerusi warna pembungkusannya.misalnya oren mempunyai adunan tepung kekuningan,hijau mempunyai adunan tepung kehijauan dan biru mengandungi adunan tepung berwarna putih.

Sumber majalah rasa  


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

IntaNBerliaN said...

byk lg tepung yg sy blm kenal nmpknya..

ct rahani said...

byk jugak nama tepung yer.. sellau guna tepung gandum jer..

salam kenal jugak.kak.. sy dh follow k..

CheNamNam said...

wahhh banyak jugak senarai tepung yang sayer tak kenal rupanyer...hahahaha malu kat diri sendiri..*selak kaen sorok muker..:P*

salam kenalll....:)

Nazayiena said...

Biasa guna tepung gandum dan tepung jagung je....
Salam kenal dr kak Nurul dan follow sini...

Irfa said...

hai norzie..
banyak jenis tepung ni yer.
saya selalu guna tepung gandum je

salam kenal juga dr saya

Kasih Salina said...

salam kak..tepung ros dan tepung atta sy x pernah dgr dan tengok lagi..best gak dpt tau info camni..

Acik Erna said...

salam norzey..terima kasih kongsikan jenis2 tepung disini.masa acik dok tanjung karang dulu selalu kirin kawan beli tepung 'optima' untuk buat kek.sekarang ni acik cuba cari..tak jumpa pulak.

fieda said...

kak...terima kasih berkongsi..

Fatimah Wati Salleh D20111049521 said...

selama ni main bedal aje pasal gandum... dtg sini dpt info yg berguna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...