Tuesday, 24 April 2012

PIZZA AYAM


Selalunya kalau nak makan pizza order saja...kiranya ni 1st time la buat.Terjumpa pulak resepi pizza ni dari blog kak Ina.Untuk doh tu sis cuma buat 1/2 adunan saja...maklum la yang nak makan cuma 3 orang saja.Untuk inti/isian pizza terpulang la kesukaan masing-masing.Untuk isiannya sis tak dapat ikut resepi ni sepenuhnya sebab banyak bahan2 yang tak ada.Alhamdulillah...menjadi dan sedap.Jom menjamu selera dengan pizza ayam.

Resepi Pizza
Sumber(kakinakl)

BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
BAHAN ISIAN :-)
  • 1 1/2 cawan sos tomato(saya guna sos prego)
  • 6 batang sosej ayamas (tak letak)
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris-(tak letak)
  • 1/2 biji red capsicum-(tak letak)
  • 1/2 biji yellow capsicum-(tak letak)
  • 1/2 biji green capsicum
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji-(tak letak)
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar-saya guna serbuk lada hitam aji sho
  • Sis letak isi ayam dan tambah tomato di hiris dan mayonis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

  1. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....
  2. CARA-CARA BUAT INTI/ISIAN PIZZA BOLEH RUJUK DI SINI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 ulasan:

IntaNBerliaN said...

sedap tu pizza :-)

fieda said...

kak...saya pun buat aritu tp doh beli yg segera..sbb takut tak jadi la nk buat dohnya...

Ticer Syah said...

wah.kena coba ini.. grrr..toce for sharing the recipe

Ummi Iman said...

Rajinnya... Lepas ni kalau nak buat boleh singgah sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...