Thursday, 6 February 2014

Kuih Kemohong / Kuih Pau


Sebelum di kukus


Kuih Kemohong / Kuih Pau

Bahan:-
  • 1 kg tepung pau/tepung gandum
  • 100 gm gula pasir
  • 600 gm air suam
  • 2 sudu kecil garam
  • 4 tsp saf instant yis/yis mauripan
  • 4 tsp baking powder double action
  • 80 gm shortening
  • Daun pisang/kertas-utk alas
  • Inti kacang merah-secukupnya(inti terpulang citarasa masing2)
Cara-cara:-
  1. Masukkan tepung kedalam mixer.
  2. Di dalam bekas yg lain satukan yis,garam,gula,baking powder d/a dengan air suam dan kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan bancuhan yis kedalam tepung dan putar guna speed 1 dulu.
  4. Bila bahan2 sudah sebati masukkan shortening dan tukar pada speed 2.
  5. Putar hingga adunan menjadi doh lebih kurang 20 minit.
  6. Keluarkan doh dan timbang 25gm,masukkan inti dan alas dgn daun pisang seterusnya susun dalam kukusan.
  7. Tunggu naik lebih kurang 20-30 minit dan bolehlah di kukus di dalam penggukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.
  8. Kukus selama 7-10 minit.
*Kalau nak pau wangi-masukkan sedikit daun pandan dalam air kukusan.
*Jangan kukus terlalu lama dan jangan guna api yg kuat-nanti pau berkedut.
*Kalau tak ada shortening boleh guna margerin.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 ulasan:

Normi Nieza said...

sdap tu..:)

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

sohoque said...

waahhh.. best nya pau

explorasa said...

pau ni kena tgk org buat juga. kalau kena yg tak best.. mmg tak best la jadinya. tp pau ni nampak macam best jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...