Friday, 24 January 2014

Apam Polkadot

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog SNH.
Tanpa membuang masa,jom kita cerita pasal apam polkadot....dah byk resepi apam polkadot yang sis dah cuba dan rasanya inilah resepi yang terbaik.Sebelum ni kalau buat apam polkadot masa panas2 mmg lembut tapi bila dah sejuk ermmm...faham2 aje la.
Alhamdulillah bila dah cuba resepi dari Sarah Honey ni...apam polkadot ku lembut dan gebu sekali.Resepi ni tak menggunakan susu segar ataupun susu cair mmg adunannya agak likat sikit.
Okay....sape2 yang nak cuba sis sertakan resepinya di sini dan masa kukus apam ni jangan guna api yang kuat ye,nanti apamnya mekar/merekah.
Di akhir bicara terima kasih kepada Sarah Honey kerana sudi berkongsi resepi apam polkadot yang gebu gebas ni....dan izinkan sis share di blog ni untuk rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.




Apam Polkadot
Sumber:Sarah Honey

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur ayam gred A(dari peti ais)
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 tsp baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 tsp esen vanilla
  • Filling/inti secukupnya(perisa blueberry/strawberry/coklat)
  • Pewarna 
  • Paper cup
Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus dan masukkan beberapa helai daun pandan(untuk mewangikan apam) .
  2. Pukul telur hingga kembang dan gebu
  3. Masukkan gula dan ovalette dan pukul lagi lebih kurang 10 minit.
  4. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah di ayak dengan baking powder.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  6. Masukkan adunan yang telah siap di warnakan kedalam piping bag.
  7. Isi paper cup kedalam acuan lompang dan pipe adunan 1/2 paper cup,letak inti dan pipe lagi adunan hingga penuh.
  8. Dot2 adunan dengan warna pilihan.
  9. Kukus lebih kurang 7-10 minit dan guna api perlahan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

3 ulasan:

mama sara nur said...

Assalam
Comel2 nya
Yg. Penting lembut gebus kan
Tq share resepi cp dulu ye

miey said...

i want to try it..so cute :)

aPaM poLkaDot said...

Bravo.... Mmg nampak gebu sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...