Monday, 30 September 2013

Siakap Masak Pedas


Siakap Masak Pedas

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap-belah dan bersihkan.
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam,serbuk perasa dan gula-secukup rasa
Bahan tumis:
  • 15-20 biji cili padi-hiris
  • 1 biji bawang besar-hiris nipis
  • 6 ulas bawang putih-ketuk dan hiris halus
  • 2 batang serai-hiris
  • 3 helai daun limau purut-hiris
Cara-cara:
  1. Lumur ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing.
  2. Angkat, letak di dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Panaskan 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan tumis.
  4. Bila sudah wangi masukkan cili kisar,sos tiram dan cili sos kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan 1/2 cawan air,garam,serbuk perasa dan gula.
  6. Bila kuah sedikit pekat,angkat dan tuang di atas ikan tadi.    

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

5 ulasan:

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
hai dah lunch ke?
hari ini anum bz sangat2

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Meriah sungguh cilinya norzie... Nampak sedap Sgt ;)

eita said...

buat hidangan pengantin best ni

hazlina azmi said...

boleh cuba resipi ni...nice blog..blogwalking...
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

mama maman aka yana said...

meriah nampak.. sedapnya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...