Monday, 25 May 2015

Biskut Coklat Mocha / Mocha Chocolate Cookies

Biskut yang menggunakan putih telur.Kalau ada lebihan putih telur bolehlah cuba buat biskut ni.Biskut yang ringan,rangup  dan sangat sedap. 

Biskut Coklat Mocha/Mocha Chocolate Cookies
Sumber : Citarawan

Bahan A
  • 200gm mentega
  • 50gm shortening
  • 150gm gula perang1/2 sudu besar mocha emulco 

Bahan B

  • 40gm putih telur

Bahan C(diayak bersama)

  • 340gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplek (serbuk perangup)
  • 10gm serbuk koko

Hiasan: Coklat chips 

Cara-cara :
1. Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang.  Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati
2. Masukkan bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan 2 jam atau lebih.
3. Masukkan doh ke dalam piping bag dan picitkannya dengan nozzle bergerigi 866 dan tekan bentuk bunga diatas dulang pembakar.  Hias dengan coklat chips di tengahnya.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...