Monday, 7 January 2013

Sukun Goreng Rangup


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Jom kita minum petang dengan sukun goreng.Kalau pergi pasar memang pantang jumpa buah sukun mesti nak beli tapi yang tak best dok makan sorang-sorang.Anak2 kalau makan pun dok cubit bahagian tepung yang rangup aje....alahai anak2.Sebelum ni ada juga sis berkongsi resepi batter goreng cempedak yang rangup,yang menggunakan tepung beras resepinya di SINI
Hari ni sis nak berkongsi satu lagi resepi untuk membuat goreng sukun yang rangup.Adunan ni boleh juga di buat goreng pisang,keledek,keladi atau cempedak.
Jom tengok resepinya.

Sukun Goreng Rangup
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 biji sukun-kupas dan potong nipis.
  • Minyak untuk mengoreng
Bahan batter:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak panas
  • Pewarna kuning/kunyit
  • Air-secukupnya(jangan terlalu cair)
Caranya:
  1. Campurkan tepung gandum dan tepung naik sendiri.Masukkan garam dan air secukupnya. 
  2. Kacau hingga adunan tidak bergentel.Masukkan pewarna kuning atau serbuk kunyit,kacau lagi.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan ambil 1 sudu besar dan masukkan kedalam adunan tepung tadi dan kacau rata.
  4. Ambil sukun yang telah di potong dan celup kedalam adunan batter dan goreng hingga warna keemasan.
  5. Angkat dan toskan.Hidangkan panas2 bersama sambal kicap.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

12 ulasan:

Nurul Aini said...

saya pun macam anak-anak akak.. makan yang tepi2 je..tak suka sukun tapi suka tepung yang ranggup tu..hehe.

are_lin@yu said...

sedapnya mkn ptg2 bez ni

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya Norzie... makan sukun goreng rangup ini bersama kopi panas.... perghh memang terangkat :D

Anum said...

sedapnya

Ibu Lala said...

Sedap tu. nak sikit..

zila norazila said...

cicah dgn sambal kicap..pastu minum kopi panas..sedappp:)

Ummi Iman said...

Sedapnya makan ptg2

kak nora said...

oo blh cicah ngn sambal kicap yer..baru tahu..

Hidayat Master said...

Cicah dgn sambal kicap tu memang terbaik la!
terliur tgk..n sy teringat dulu kat rumah banyak sgt durian belanda.
durian belanda yg muda tu pon boleh wat goreng mcam sukun ni.

Nafira usof said...

mabelesss.. meleleh tgk...

eita said...

dah lama tak makan sukun

Kasih Salina said...

sedapnya kak sukun tu..tp saya jarang pekena sukun goreng..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...