Thursday, 10 January 2013

Apam Balik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tak berapa cantik rupa apam balik yang saya buat ni...tapi puas hati dengan rasanya.Tiba2 aje teringin nak buat sendiri selalu dok beli aje kat pasar malam.
Sis sertakan resepinya di sini,kalau sesiapa yang berminat bolehlah mencuba.Terima kasih kepada penyumbang resepi apam balik ni,sis mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.
Selamat mencuba.  


Apam balik
Oleh:Norzie hany
Sumber:MyR@Ms Oreo

Bahan-bahan(untuk 4-5 orang)
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur: Kacang tanah yang sudah dikisar,gula pasir & jagung cream dlm tin

Cara-cara:
  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang.
  2. Masukkan soda bicarbonate,baking powder air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 ulasan:

wawa syaida said...

sedapny tengok apam balik ni...tak pernah buat....selali beli je sebab rasa macam susah nak buat...xpe pasni boleh try :)

ayut said...

Apam balik..!!lame tak mkn.. :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rajjin betul Norzie buat apam balik... akak rajin jugak... tapi rajin tunjuk kat pasar malam ehe :D

Fieda Rafli said...

amboi..boleh wat niaga ni kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...