Tuesday, 22 January 2013

Kek Gula Hangus


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kek gula hangus a.k.a kek sarang lebah/semut.Sebelum ni pun sis ada buat kek ni,en3 di SINI.
Berkongsi sekali lagi resepinya di sini.Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba.

Kek Gula Hangus

Bahan-bahannya:-
Untuk buat gula hangus
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu teh butter
  1. Masakkan gula dalam kuali ,kacau sentiasa bila gula agak perang dan cair,tuang air panas..hati hati ya.
  2. Masukkan butter, Kacau biar rata dan tidak berketul dan padam api.Biar sampai suam.
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum di ayak bersama
  • 2 sudu kecil soda bicarbornate
  • 1 sudu teh esen vanilla.
Cara membuatnya:-
1- Pukul telur sehingga betul2 kembang dan gebu.
2-Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan pukul lagi.
3-Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate dan dipukul sebati.
4-Akhir sekali masukkan air gula hangus telah dibiarkan suam dan dipukul sekejap.
5- Masukkan adunan di dalam loyang yang telah dilenser dgn marjerin dan tepung.
6-Perap adunan ini selama 4 jam .Jangan lupa bekas adunan hendaklah di tutup.
7-Bakar pada suhu 160c selama 60 minit hingga masak.
8- Sejukkan kek sarang semut ini sebelum di potong.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Anum said...

suka makan

asmah yusof said...

salam Kak Norzie....
cantik teksturnya...lubang2 bsr....nmpk mudah kn try nnti :)

suri solehah said...

cantiknya kejadian sarang tu..suka tengok,,nnak mintak resipilah ye

ainnoraini said...

lama tak buat kek gula hangus ni tau...
anak2 mmg suka makan kek ni...

Nooriah Abdullah said...

nak kena try jugak kek ni sbb nmpak sedap sangat tu Norzie ada lubang2 mesti menjadi lah tu kan

kasih Salina said...

mesti sedap akak punya kek ni..

Nafira usof said...

Wohohohohoooo.. feberet nih!! sedapnye lah~

mutfagabuyrun said...

nefissss

lina_pg said...

kek yang sedap dan tak jemu makan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...