Friday, 2 November 2012

Kek Sarang Semut/Kek Gula Hangus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kek Sarang semut,kek sarang lebah atau kek gula hangus....Banyak ye nama kek ni tapi sis biasa panggil kek sarang semut.Selalu juga sis buat kek ni sebab hubby dan anak2 memang gemar sangat.Unik rupa kek ni ye...sambil makan suka picit2 sebab rasa kenyal aje,lepas tu belek2 rupa lubang pada kek ni.
Belum pernah buat versi kukus ingat nak cuba juga nanti.
Jom kita kongsi resepinya.


Kek Sarang Semut/Kek Gula Hangus.
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:-
Untuk buat gula hangus
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu teh butter
  1. Masakkan gula dalam kuali ,kacau sentiasa bila gula agak perang dan cair,tuang air panas..hati hati ya.
  2. Masukkan butter, Kacau biar rata dan tidak berketul dan padam api.Biar sampai suam.
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum di ayak bersama
  • 2 sudu kecil soda bicarbornate
  • 1 sudu teh esen vanilla.

Cara membuatnya:-
1- Pukul telur sehingga betul2 kembang dan gebu.
2-Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan pukul lagi.
3-Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate dan dipukul sebati.
4-Akhir sekali masukkan air gula hangus telah dibiarkan suam dan dipukul sekejap.
5- Masukkan adunan di dalam loyang yang telah dilenser dgn marjerin dan tepung.
6-Perap adunan ini selama 4 jam .Jangan lupa bekas adunan hendaklah di tutup.
7-Bakar pada suhu 160c selama 60 minit hingga masak.
8- Sejukkan kek sarang semut ini sebelum di potong.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

7 ulasan:

Rosidah Binti Muhamad said...

Ha..ini mmg peberet saya..klu mkn tak hinggat nak berhenti..sedap betul klu dpt time mendung2 ni..

ciksengeh :D said...

feveret ni !

JaSSNaNi said...

nyum nyum.. suka kek gula hangus.. a.k.a kek sarang semut ni.. sedap tul.. lagi2 klu makan suam2..

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

saye pon suke sgt kuih ni,,thanx utk resipi, nnt nk soh mak buat =)

Qasey Honey said...

suka mkn kek ni..tp lum bkesempatan utk mcubanya pulak..hehe

Ujie said...

Saya dulu slalu gak buat..sbb bhn ringkas. Tapi mula2 mmg takut dgn letupan masa masukn air panas tu.

are_lin@yu said...

suka kek ni sedap ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...