Monday, 19 November 2012

Kuih Tepung Pelita/Kuih Tako


Assalamualaikum wbt dan salam ceria.
Kuih tepung pelita ....sis suka makan kuih ni,kalau bulan puasa boleh katakan selalulah beli. 
Kali ni buat sendiri,daun pandan saya ambil di rumah mil ketika pulang ke kampung baru2 ni.Satu adunan ni banyak juga dapat,baru rasa puas makan.Untuk resepi ni sis guna tepung Hoen Kwee dan buatnya pun mudah aje. 
Jom kita berkongsi resepinya. 

Kuih Tepung Pelita/Kuih Tako
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
lapisan bawah:
  • 50gm tepung Hoen Kwee(putih)
  • 100 gm gula pasir
  • 600ml air
  • 50 ml air perahan daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 biji sengkuang cina-potong dadu kecil
Lapisan Atas:
  • 50gm tepung Hoen Kwee(putih)
  • 750 ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya:
  1. Sediakan kelongsong pandan atau kelongsong daun pisang atau mangkuk secukupnya.
  2. Satukan semua bahan untuk lapisan bawah dan kacau rata.
  3. Masak diatas api perlahan hingga pekat dan masak.
  4. Masukkan sengkuang cina dan kacau rata.
  5. Tuangkan adunan hingga 1/2 paras kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  6. Satukan semua bahan untuk lapisan atas dan kacau rata.
  7. Masak diatas api perlahan hingga pekat dan masak.
  8. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah tadi hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  9. Kalau suka boleh simpan dalam peti ais untuk di dinginkan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

7 ulasan:

Che Rosliza Che mat said...

sedapnya....nampak lembut jer..

Che Rosliza Che mat said...

sedapnya....nampak lembut jer..

Rohah said...

Akak ni mmg rajin betul mengadun kuih...anak2 saya mmg suka sangat kuih ni..

Acik Erna said...

assalam norzie..kuih yang acik suka bei masa bulan puasa

Ann Ishak said...

nak cuba ni tapi saya tak reti pulak nak buat mangkuknya tu dengan daun pandan. akak buat tutorial boleh :)

mama sara nur said...

assalam sis
my feberet jgk ni tp bln puasa baru cari he he

Yana Shaiful said...

Salam Sis..yana xpnh bt lg kuih pelita guna tepung Hoen kwee..nnt nk cuba lah..suka sgt kuih tradisional cani:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...