Saturday, 10 November 2012

Nasi Tomato Bonda


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.
En3 kali ini sis nak berkongsi resepi nasi tomato yang sangat mudah untuk di masak.Hari2 makan nasi putih atau nasi campur pun jemu juga...sesekali kena tukar selera.
Resepi ayam masak merah di sini dan acar rampai di sini
Jom kita kongsi resepinya.



Nasi Tomato Bonda
Resepi/Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 cawan beras basmathi -(saya guna Kashmir Faiza basmathi)
  • 4 biji bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1 inci halia-hiris
  • 1 biji buah tomato-potong dadu
  • 3 sudu besar tomato pure/sos tomato 
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar margarine
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun pandan
  • 4 1/2 cawan air 
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 tin kacang peas,gajus goreng,kismis dan daun saderi(Hiasan).
Cara memasak:
  1. Beras basmathi basuh dan di rendam selama 20 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan margarine dan tumis bahan hiris hingga sedikit garing dan masukkan buah tomato yang di potong dadu,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga.kacau sebentar
  3. Masukkan tomato pure(kalau tak ada boleh guna sos tomato)susu cair,air serta daun pandan.
  4. Taburkan garam dan kacau rata dan akhirnya masukkan beras basmathi tadi.
  5. Masak seperti masak nasi biasa.Bila nasi sudah kering bolehlah di tabur dengan bahan hiasan dan kacau perahan,agar nasi tidak hancur.
  6. Angkat dan hidangkan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

11 ulasan:

nis said...

Fuhh.. Terliur tgk nasi tomato tuu XD

nis said...

Fuhh.. Terliur tgk nasi tomato tuu XD

Tihara said...

as salam

cedapnye nasik tomato...fuhh tergoda ni :)

Rosidah Binti Muhamad said...

Klu pakai basmathi mesti sedap punya..

izan mama mia said...

nasi tomato...nk jg..hii

chefgunawanmalaysia said...

obie lihat resepi ni ok juge.. :)

Amie said...

Lamanya tak buat nasi tomato... sedap!

Bicara Kak Noor said...

kak noor lambat dtg ada tak lagi nasi tomato ni Norzie nmpak pun tau sedap sangat anak2 akak pasti suka ni nk try lah nnt..

myda_ahmad said...

wow!enak banget hidangan tuanrumah hari nie....mehlah post sini sikit...hihihi..

Kasih Salina said...

salam kak..tu dia sedapnya nasi tomato..kalo org utara ni terkenal dgn nasi tomato jugak..hihi..

IntaNBerliaN said...

sy selalu buat ns tomato ni sbb hubby n alisha suke :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...