Tuesday, 6 November 2012

Ayam Masak Merah


Assalamualaikum dan Salam ceria.Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa singgah di blog yang tak seberapa ini.Jutaan terima kasih juga kepada rakan2 yang sudi meninggalkan sedikit komen dan sis mohon maaf sekiranya ada yang tak berbalas.
Ayam masak merah ni memang sedap di makan dengan nasi tomato,nasi minyak atau nasi briyani.Selalunya sis akan masukkan susu cair tapi boleh juga kalau nak ganti dengan santan.Kacang peas tu tak letak pun tak apa...kalau letak kacang peas mungkin tak tahan lama bimbang cepat basi.Masak sampai pecah minyak ye...baru sedap.Suami sis selalu pesan kalau buat ayam masak merah,sambalnya tu biar lebih2. 
Kalau berminat nak cuba sis sertakan resepinya di sini ye.




Ayam Masak Merah
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1sm halia-hiris
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar tomato pure/sos tomoto
  • 1 batang serai-di titik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang,
  • 4 kuntum cengkih dan 4 biji buah pelaga
  • 100 ml susu cair/santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak-secukupnya 
Bahan kisar
  • 20-25 tangkai cili kering-rebus dulu
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-caranya:
  1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit.Goreng separuh masak dan ketepikan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak tumis bahan hiris,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan serai,masak hingga pecah minyak.Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato,kacau sebati
  4. Masukkan ayam dan susu cair/santan serta sedikit air.Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masak sehingga kuah agak pekat dan sampai pecah/terbit minyak.Kalau suka boleh di letak buah tomato yang di potong serta  kacang peas.
  6. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 ulasan:

JaSSNaNi said...

waalaikumsalam norzi:)
saya pun kalau wat masak merah ayam.. sure letak kacang peas ni.. sedap.. tapi anak2 tak nak.. abis diorang ketepikan kacang2 tu.. so nak boh kena sikit2 je.. just tabur2 utk diri sendiri.. :D

Bicara Kak Noor said...

cantik masak merah Norzie sure sedap sangat coz ada kacang peas tu i likeeee

Marsita yahya said...

Anak pun suka masak merah tapi kacang tu nanti kat tepi pinggan diamnyer..:(

ainnoraini said...

mesti sedap nii..
da ler pose hari ni...

Tihara said...

as salam

haah kalau letak kcg pes besenye cepat basi kan kak

Rosidah Binti Muhamad said...

Wow..ni peberet sayer..akan try la t.

Cik P.A. said...

sedappppp nie...nak mamam jugek!!!

Kakzakie said...

Oh.. kakak selalu tak bubuh santan, nak try cara Norzie nielah. Mesti sedap.

Nazayiena said...

Lapar tgk ayam masak merah norzie nie.

Dunia Wilma said...

Nanti bila Wilma nak masak ayam masak merah, Wilma refer blog Norzie ya :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...