Sunday, 4 November 2012

Talam Cha Cha


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.
Kuih talam cha-cha,sis buat guna acuan aje senang tak payah potong bagai.Gara-gara tergoda tengok kuih talam cha-cha dari blog Yatie,tu yang merajinkan diri buat juga.Syukur Alhamdulillah menjadi dan rasanya sedap sekali.Resepi asal ialah kuih talam sekoteng dan diubah suai kepada talam cha-cha.Resepi yang enak ini adalah milik Chef Asma dan sis cnp dari blog Yatie.Kepada penggemar kuih talam bolehlah cuba resepi ni ye.
Terima kasih kepada penyumbang resepi ini dan sis mohon dipanjangkan di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.



Talam Cha Cha
Oleh:Norzie hany
Sumber: Yatie

LAPISAN BAWAH * Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
  • (Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)* Saya guna 50gm cha cha, rebus hingga empuk dan toskan
  • 150g tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 150g gula castor*
  • 1tsp garam*
CARANYA

  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api
  2. Masukkan sekoteng/cha cha (yg telah direbus tadi) dan kacau rata
  3. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS

  • 150g tepung gandum
  • 300g gula halus
  • 5/3/2 biji telur (saya guna 3biji telur)
  • 250ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose
  • pewarna pink

CARANYA

  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit
  4. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 ulasan:

Rohah said...

cantek kak..belum pernah buat talam yg ni..

Asyifa Mustaffa said...

comel cantik....mengiurkan!
Pagi2 lak tu nmpk kuih talam.....aduhhh....sedap2....:-)

Tihara said...

as salam..

cumelnye, mesti nak gigit sikit2 sebab lawa :)

Choco Ani said...

Salam Norzie.. wah cantiknya kejadian talam tu.. rasanya tentu sedap kan..

farhalurve said...

comel jer bentuk kuih tuu.. huhu
mesti sedapp !xD

syiela said...

comel la bentuk camtu.. sayang pula rasanya nak makan

Aishah Jahirah said...

bentuk love....menarik...:)

IntaNBerliaN said...

alahaiiii comelnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...