Thursday, 1 November 2012

Rendang Ayam Selangor


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rendang hari raya Aidil Adha baru-baru ni....sedap cicah dengan ketupat palas.Resepi ni kalau tak silap sis ambil dari Majalah Rasa tahun bila dah tak ingat lagi rasanya dah lama kot.Dari dulu memang sis minat memasak,pantang tengok ada resepi yang nampak sedap sikit mesti salin dan simpan.
Kalau sape2 berminat bolehlah cuba...senang aje,bahan2nya pun tak banyak.Jom kita tengok resepinya.

Rendang Ayam Selangor
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  •  500gm ayam-potong dan bersihkan
  • 5 batang serai-di titik
  • 1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
  • 200 gm kerisik
  • 5 helai daun limau purut-hiris
  • 1 helai daun kunyit-di hiris
  • Minyak-untuk menumis
  • Garam dan gula-secukup rasa 
Bahan kisar:
  • 120 gm cili kering (boleh tambah/kurangkan)
  • 120 gm bawang besar
  • 80 gm bawang merah
  • 80 gm bawang putih
  • 1 sm lengkuas
  • 1 inci  kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan santan dan ayam.Biarkan mendidih.
  3. Apabila kuah hampir pekat masukkan kerisik,garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan  daun limau dan daun kunyit yang telah di hiris untuk naikkan bau sajian.
  5. Bila agak kering bolehlah di angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Marsita yahya said...

kena gi Slango lah baru boleh makan yek...hi hi...sedap Norzie rendang tu kan makan lak ngan pulut atau lomang...

Tihara said...

as salam

raya baru ni rendang ayam je takde.. :)

JaSSNaNi said...

sedapnya rendang...
tapi malas nak buat rendang la.. daging banyak skrg ni.. sbb barang dapor lom top-up.. banyak tak cukup.. kena tunggu weekend baru ada time cari barang.. huhu

Ibu Lala said...

wahhh sedapnye nampak. mkn dgn pulut sedap kan. erm..betul betul buat saya terliur.

hye..saya dah follow awk ye...

MarliaMarble said...

SEDAPNYA..! >_<

izan mama mia said...

lama dh dok selangor tapi xpernah bt rendang selangor nih

Gadis Kampung said...

nampak sdp la sis..kalau GK masak nie kena letak nama "Rendang Ayam PERLIS" la sebab GK dok perlis hehehe gurau je

Kakzakie said...

Kalau dapat ayam kampung masak style Norzie ni mesti terangkat..

Nafira usof said...

terus terbayangkan ketupat palas.. memang sedap cicah rendang~

myda_ahmad said...

waaaa...sedapnya rendang yang basah2 nie,,suka yg cm gini,xlah kering sgt.....siap ada nama lagi .....hehehe..

mama sara nur said...

memang suker rendang, hidangan yg mesti ada tak kira ke tak he he
raya lepas buat sekuali besar hari tu jg habis dikerjaan anak2 sedara he he

zila norazila said...

sedap nie kak..pantang zila tgk rendang..mesti makan x leh brhenti:)

Qasey Honey said...

ade yer rendang s'gor..mnarik n nmpk sedap..mkn ngn lemang pon boleh ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...