Wednesday, 31 October 2012

Kuih Kasturi/Kuih Rengas


Assalamualaikum dan salam ceria semuanya.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah dan meninggalkan sedikit coretan di ruangan komen.
Terus pada tajuk en3....Kuih Kasturi/Kuih Rengas untuk minum petang.Zaman sekolah dulu bonda jual kuih kat kantin sekolah,sis kenalah tolong bentukkan kuih ni.Bukan kuih kasturi ni aje....macam2 kuih lagi.Kehidupan orang felda dulu faham2 aje la....sape anak felda sila angkat tangan.Tapi orang Felda sekarang dah boleh senyum lebar...ye ke.
Dah tersasar dari tajuk....resepi Kuih Kasturi/Kuih Rengas sis sertakan di sini ye.


Kuih Kasturi/Kuih Rengas
Oleh:Norzie hany

Kuih Kasturi Bahan Inti
  • 250gm kacang hijau - di rendam
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
  • 1 cawan gula pasir-boleh tambah/di kurangkan
  • 1/2 cawan kelapa parut muda
  • 2-3 sudu tepung gandum
  • Air-secukupnya
Bahan Batter

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • Sedikit pewarna kuning
  • air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :

  1. Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
  2. Tabur tepung gandum dan kacau rata.
  3. Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan,
  4. Ambil inti kacang sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
Batter :

  1. Satukan semua bahan2 batter dan masukkan air secukupnya (adunan tidak terlalu pekat atau cair).
  2. Panaskan minyak. Celupkan kuih kacang kedalam batter dan gorenglah hingga warna keemasan


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Kakzakie said...

Kalau kampung kakak Norzie.. kalau ada majlis kenduri-kendara kuih ini tak tinggal disamping karipap dan koci..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
owhhh sedap rupanya nama kuih ni.. kuih kasturi.. tapi biasa nani panggil kuih kacang je.. mmg sedap.. nani suka.. tak penah wat.. hihihi

myda_ahmad said...

dulu2 kt kg mmg famous kuih kasturi nie...tiap ada kenduri je mesti ada kuih nie...saya pun suka makan kuih nie...

mama sara nur said...

assalam sis
sama cam nani biasa nama cucur kacang he he memang sedap sis ila buat sendiri ni sb kalu beli selalunya keras hu hu rasa tepung je kacangnya tak ada

Tihara said...

as salam

kuih faveret my mom ni..dapp :)

Qasey Honey said...

suka kuih ni..sedap kalau mkn panas2...lgi kalau kena yg rangup n lembut ddlm tu..3 ketuii leh skali hadap saje..

eita said...

suka makan tapi tak suka buat..
huhuhuhuhu





*done astro on go

Asyifa Mustaffa said...

bru je buat kuih nie hri tu.....mmg sedap!

Sy anak felda....tau susahnya hidup mcm mna dlu....adik beradik ramai...klau mkn pun kena catu2...tp kami adik beradik ttp membesar sihat walafiat....:-)

Gadis Kampung said...

kalau kat perlis nie nama dia cucuq kacang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...