Wednesday, 10 October 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Sekarang pun time lunch jadi elok sangatlah sis tayang lauk asam pedas yang sis masak tadi.Kebetulan hubby ada beli sekor ikan tenggiri papan kat pasar borong semalam jadi sis masaklah masakan kesukaanya.Asam pedas orang Melaka mesti ada daun limau dan kuahnya mesti pekat.

Sebenarnya sis dah lama dok kat Melaka ni tapi bila makan kat kedai rasa asam pedas mereka berbeza2....jadi tak tahu asam pedas Melaka sebenarnya mcm mane.Ada yang bubuh rempah segala,ada yang bubuh bunga kantan dan daun kesom...ehhh mcm2 cara la.Orang luar kalau datang Melaka mesti cari asam pedaskan...cuba pergi makan kat Asam Pedas Power Abg Piee yg terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh, Bukit China....asam pedasnya isi lada hitam,mmg agak hangat dan pedas....anak2 mmg tak boleh makan tapi sis suka.Kat sini asam pedasnya isi daun kesom dan bunga kantan.Ikan boleh pilih,ikan apa yang kita nak dan sis dapat tahu Aznil pun pernah makan di sini.Sis panggil asam pedas mcm ni asam pedas berempah atau asam pedas berlada...hubby dan anak2 kureng suka tapi sis sgt2 suka.Sis suka bau aroma bunga kantan dan daun kesom style asam pedas Johor. 

Tapi hubby sis anak jati Melaka,dia kata asam pedas melaka mesti letak daun limau purut.Jadi asam pedas macam ni la selalu sis masak untuk beliau.

Asam Pedas Ikan Tenggiri
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahanya:
  • 4 potong ikan tenggiri-bersihkan
  • 4 biji kacang bendi
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • 1 batang serai
  • Asam jawa + air (lebih kurang 650 ml)
  • 4 helai daun limau purut-carik
  • Garam dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak-utk menumis
Bahan kisar
  • 25 tangkai cili kering-rebus dulu
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • Sedikit belacan
Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai serta bahan kisar.Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan daun limau purut biar hingga kuah mendidih.
  3. Masukkan ikan serta kacang bendi.Apabila ikan telah masak perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  4. Akhir sekali masukkan buah tomato,sekejap aje dan bolehlah diangkat dan hidangkan.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

14 ulasan:

Rosidah Binti Muhamad said...

Wah lain la pulak. Saya suka asam pedas kota lasamana tu. Mak mertua saya org melaka..dia ckp asam pedas mlk yg ori tak letak pape pun.

Serai, belacan dan daun limau purut pun takde..tp ada alba. Yg sis ckp ada lada itam tu. Mak mertua cakap itu org mlk panggil gerang asam (tak tahu eja betul ke tak). Mintak maaf yer klu saya salah..hanya bertukar pendapat.

zila norazila said...

aowhh kena buh daun limau purut..zila biasa x letak..nk cuba jgk la sis..kecurr sis:)

Sari Yusa Ibrahim said...

betul tu, Kak Norzie. Saya kalau pergi Melaka pun nak jugak carai asam pedas Melaka ni lepas gian.. hehe..

Asam pedas Kak Norzie tu pun nampak tak kurang sedapnya, harus tambah nasi tiga kali nih..

EmbunRosaliza said...

Assalam norzie, sedapnya asam pedas , akk pun masak asam pedas ( tapi x pedas ) hari ni, mmg banyakkan resipi asam pedas, ada yg pedas berapi sampai berair2 hidung huhu..

Nampak sedap asam pedas ikan tenggiri tu

Aishah Jahirah said...

asam pedas saya simple,versi malas.hehee.owh baru tahu asam pedas melaka letak daun limau purut...

Kasih Salina said...

sedapnya asam pedas kak norzie..guna ikan tenggiri plak tu..memang kena la dgn nasi putih..

Marsita yahya said...

gerammm tgk ikan tu isinya putih...
tka pnah letak daun limau purut...mesti sdap baunya.

Knor said...

selalu buat dgn ikan pari...nanti nak cuba ikan tengiri pulak..look sedapp..

ANIM said...

selalu letak daun kesom saja..nanti try daun limau purut pulak eh.. tq

lina_pg said...

mesti lagi wangi dan sedap asam pedas ni ada aroma daun limau purut purut.Tak pernah lk campak daun limau purut dalam asam pedas.Bleh try gak ni

Qasey Honey said...

sedapnya lauk asam pedas...baru makan td masa lunch..tp versi kt kedai la..hihi..kalau buat sdri mesti lg sedapkan..

fieda said...

tak tau nk ckp ape dh..terliur..

mama aryan said...

kecur air liur nih..lapar3

ayut said...

suke jugak bau daun kesom tu...wangiiii :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...