Wednesday, 31 October 2012

Ketupat Palas Bonda


Sebelum di kukus.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ketupat palas yang wajib ada di rumah bonda setiap kali raya.Balik raya baru2 ni sempat minta resepi dari bonda.Rasanya dah banyak kali sis tengok bonda kukus aje ketupat yang telah siap di bungkus dengan daun palas,tapi dulu2 memang di rebus.

Ketupat palas yang dah siap.
Ketupat Palas Bonda
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 12 cawan beras pulut
  • 6 cawan santan pekat
  • Garam dan sedikit gula
  • Daun palas secukupnya.
Cara 1
  1. Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam dan sedikit gula, kacau sampai mendidih.
  2. Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi 3/4 masak. Angkat dan biarkan selama sehingga sejuk. 
  3. Bungkus pulut dengan daun palas.Cara boleh tengok di you tube.
  4. Kukus atau rebus ketupat palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air hingga masak.
Cara ke 2
  1. Panaskan pengukus.Satukan semua bahan di atas dalam loyang dan gaul sebati dan kukus hingga 3/4 masak.
  2. Angkat dan sejukkan sebentar.Seterusnya bungkus pulut dengan daun palas.
  3. Kukus atau rebus ketupat palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air hingga masak.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Acik Erna said...

assalam Norzie..terliur acik tengok..acik suka makan..tapi yang pandai buatnya dua2 dah meninggal..mak dan kak ipar
acik tak pandai nak bentukkana dan ikat daun palas tu..raya baru ni..tengok je orang jual daun tu..teringin nak beli tapi..sebab tak pandai nak bentukkan..lupakan aje niat tu..

zulaiha megat said...

wah pandai nya..kak zu pernah buat sekali..ada boboi tpi banyak lagi gegirl...hehe

Amie said...

Raya tahun lepas pertama kali buat ketupat daun palas... juga belajar daru utube...

Liza said...

dulu2 pun arwah ma selalu jugak buat ketupat ni tiap kali raya, tp sekarang kena buat sndiri...hihihii

Nafira usof said...

sedapnye ketupat palas.. teringin plak nak makan.. tapi kt shah alam susah nak carik.

Cik P.A. said...

lapaq dan2 nie..hehe:)

Tihara said...

as salam


yang ni kan cecah dgn rendang kat pic semalam, mau melekat tak bangun2 dah :)

Myra Jay said...

Raya Haji baru2 ni tak makan langsung ketupat palas.. huhuu sebab tetiba diserang sakit urat..huhuu

Rosidah Binti Muhamad said...

Saya klu buat ktupat ni mesti gagal tang nak lipat tu..jd ketupat betina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...