Thursday, 11 October 2012

Kuih Lapis Sari Pandan


Assalamualaikum dan selamat petang.
Kuih lapis sari pandan resepi dari kak Fida...guna tepung gandum dan lembut aje kuihnya.Sedap buat sarapan pagi atau minum petang...tapi sis jarang makan banyak,sepotong dua cukuplah.Bukan tak suka cuma kuih2 yang manis ni tak berapa elok bila makan berlebihan....tambah2 usia pun dah ehem-ehemkan Marsita. 
Kepada penggemar kuih kukus bolehlah cuba resepi ni ye.




Kuih Lapis Sari Pandan
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:
  • 300 gm tepung gandum
  • 200 gm gula pasir
  • 800 ml santan (200 ml KARA + air)
  • 1 sk garam
  • 2 helai daun pandan- disimpul
  • 2 sb air daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
  1. Masak santan,gula,garam dan daun pandan hingga mendidih dan sejukkan.Tapis.
  2. Campurkan tepung kedalam adunan santan dan gaul rata.Tapis lagi dan adunan di bahagi 2 dan bubuh air daun pandan dan pewarna hijau pada 1 bahagian.
  3. Kukus selapis2 berselang-seli warna. 5 min setiap lapis dan 20 min untuk lapisan terakhir.Sejukkan kuih,potong dan sajikan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Tihara said...

seronoklah masuk blog ni..tenang je rasa tengok makanan hee :)

inazamri said...

sgt berterima kasih dan hargai sgt2 kat tuan blog masak2 yg tak kedekut kongsi resepi.

Qasey Honey said...

nmpk sedap tgk kuih lapis pandan ni...lapisannya pon sekata tebalnya..

Marsita yahya said...

cantikkkk kejadiannya...

Kasih Salina said...

saya suka mkn kuih lapis tak kesah perisa apa...sedapppp...

Ros said...

Assalamualaikum Norzie hany...

Wahhh...sejuk ja mata memandang hijau ja he.he...sedap nih...

yan's cottage said...

wah...!!!!cantiknya kuih lapis tu....mesti sedap kan...nak sikit boleh....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam norzie...

kat rumah kalau buat kuih ni anak2 tak berapa suka sgt... kalau buat juga mmg kena agih2kan pd pengasuh atau jiran barulah cepat habis.. hee...

p/s: mohon kongsi resepi tumpi/rempeyek kacang dal kat blog MaDiHaA ye... t.kasih...

Myra Jay said...

Lama tak makan kuih lapis, teringin pulak :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...