Assalamualaikum semua.
Sebenarnya ni menu semalam....baru hari ni sempat tayang pic siakap tiga rasa ni.
Resepi milik Lina pg,dah ramai yang cuba...ermm memang sedap.Terima kasih ye Lina kerana sudi berkongsi resepi siakap tiga rasa yang enak ni dan izinkan sis cnp di blog ni untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.
SIAKAP TIGA RASA
Oleh:Norzie hany
Sumber: linapg.blogspot.com
Bahan-bahannya:
- 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
- 5 biji cili hijau (dikisar)
- 2 biji cili merah (dikisar)
- 1 labu bawang besar (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 biji tomato (dikisar)
- 3 batang serai (dikisar)
- 1cm halia (dikisar)
- 1 biji cili merah (dipotong serong)
- 1 biji cili hijau (dipotong serong)
- Daun ketumbar (dihiris)
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tepung jagung
- Sedikit hirisan nenas
- Garam + Kunyit
- Minyak
- Air
Cara-cara:
- Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
- Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
- Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
- Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
- SELAMAT MENCUBA
18 ulasan:
rajinnya siap hias lagi....
salam..erima kasih ya sudi cube rcp simple ni :)
aii sedap!..1 pn ayu xdpt cba lg ni..hihi..bla la dpt dok umah sendiri ;-)
Adoii..sedap tu...
cantik decorate macam kat restoran..nak makan pun berselera :)
Sedapnya,selalu mkn masak 3 rasa nie kat kedai je....
akak macam nak ras aje siakap tiga rasa tu kena beli siakap dulu baru buat bermacam2 rasa ni ...
lapaqqqqq
sedapnya..hehe..yg klakarnya saya tak pernah cuba makan ikan siakap 3 rasa. nanti nak cubalah resipi ini..terima kasih. ^_^
feberet zura nih.. suka makan ikan~ tapi selalunye pakai oder kat kedai jer..kekekeke
Siakap masak tiga rasa memang sedap. layer kulit dia kena pada rempah sedap... anak-anak kakak suka:)
adeh suka sangat saya ngan siakap 3 rasa ni
wah! menyelerakan~~
wahh..yummm3..adoii3, lapa lah plak bile tengok ikan tu..huhu,. :D
buat untuk makan beradab ni sedap jugak..
adoiiiyaii...ramai pula yg masak siakap hari ni...semua nmpk sedap2 pula tu..tmasuk la yg ni...wallaa
sedapnya..saya suka siakap 3 rasa nih..
ni lagi sodap..hai jamu mata jer la ..hihi
Post a Comment