Saturday, 6 October 2012

Pulut Serikaya


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Sudah lama betul sis tak makan pulut serikaya ni....masa kecil2 dulu selalu bonda buat.Kalau kuih serimuka yang kepala dia warna hijau tu memang selalu makan....banyak orang jual.
Bila jumpa resepi ni dari blog Yatie terus sis mencuba....kiranya 1st time buat sendiri.Syukur Alhamdulillah menjadi dan sungguh sedap sekali.Terima kasih dan halalkan resepinya ye Yatie,izinkan sis cnp di blog ni untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain. 



Pulut Serikaya
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahan:

Bahan lapisan bawah
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb minyak
Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.

Bahan lapisan atas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
  • 1/2 sk garam
  • Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)

Cara Untuk Lapisan Atas

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

24 ulasan:

inazamri said...

so yummy untuk hidangan minum ptg ni

zawani yusoff said...

Sedapnya kuih ni kak norzi:)

Yatie said...

cantik kuih pulut serikaya Norzie ni, kemas je potongan dan lapisan atas kuih tu...tq sudi mencuba dan kena dngn selera Norzie...

Rosidah Binti Muhamad said...

Wow..nampak cantik sangat. Tapi rasanya saya tak pernah mkn lg kuih ni..

Cik Nur said...

sedapnyerr..nur suka kuih ni.. :)
nanti bila2 boleh cuba. :)

Haryati Faizal said...

sedapnya, bley buat tuk minum petang kan...

Marsita yahya said...

Cantik kuih...tgk pun tahu sedappp.
Blm pnah buat lg yang topping gula merah nanti boleh buat plak:)

Acik Erna said...

Assalam Norzie..cantiknya kuih norzie..licin je potongan kuih nya lansung tak comot

Asmah Yusof said...

Salam kak Norzie...
cantik sgt lapisan seri mukanya...asz minat sgt dgn kuih nie...kn try nnti..thanks kak

lina_pg said...

sedapnya pulut serikaya..kalau rcp yatie ni mmg sedap.Sy pun stick ngan rcp ni gak
Cantik dan kemas potongan kuih dia

mama_saly said...

salam sis..
cantiknya kuih pulut serikaya tu..
kuih ni memang best kan...:)

Kasih Salina said...

assalamualaikum kak..suka makan kuih2 tradisional camni tapi nak mengukusnya malas la..huhu..

Rohah said...

kakkkk!!!
cantik pulut sekayanya,halus mulusss..

Tihara said...

sedap nye, alam dah tk makan kuih2 manis ni :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

selalu makan yg kaler hijau yg mcm ni xpernah g..nampak pun sedap :)

Kak Nik Ja said...

salam norzie..memang chantik dan kemas presentation nya..akak semua suka , hijau kak, cekelat ka..sedap sungguh kuih kukus2 ni

zino said...

sedap nampak nya tu..
salam kenal tuan rumah...

Kakzakie said...

Pagi ini dah dua teman yg tunjuk buat kakak teringin nak mencubalah Norzie...

syiela said...

buat minum ptg sangat best ni

Chik Mimi said...

sedappppnya pulut sekaya ,favourite akak ni

Izan Ishak said...

izan pun suka kuih ni sis. tapi blm pernah cuba buat sendiri. ken atry juga bila2 nih~

Zie said...

menarik tertarik... suka suka

|| NaFiRaa || said...

sedapnye~ selalu gak beli kuih nih utk bekfes~

fieda said...

kalau balik kg mesti suh mak buat ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...