Saturday, 3 November 2012

Ikan Tenggiri Masak Cuka

Assalamualaikum dan salam ceria.Jutaan terima kasih kepada semua rakan2 yang tak jemu2 bertandang di sini....sayang korang semua,muahhhzzz.Apapun doa sis semoga semuanya beroleh kesejahteraan hendaknya di samping insan2 tersayang.
Kat tempat sis boleh dikatakan hari2 hujan...pagi mendung petang dah hujan.Time hujan perut lapar sentiasa,anak2 pun sama asyik dok ulang ke dapur aje.
Berbalik pada tajuk en3....Ikan tenggiri masak cuka,masakan kegemaran arwah ayahanda.Arwah orang Kedah,ikan masak cuka ni kiranya masakan orang2 belah utara.Bila arwah dah tak ada memang kami jarang buat masak cuka ikan ni.Bila tengok ramai rakan2 blogger yang buat en3 pasal ikan masak cuka....sis pun rasa teringin pulak nak makan ikan masak cuka.Sedap makan dengan nasi panas2 lagi-lagi kalau ada sambal belacan.  
Jom kita kongsi resepinya.


Ikan Tenggiri Masak Cuka
Resepi/Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 potong ikan tenggiri-dibersihkan
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 biji timun-buang biji & potong memanjang
  • 1 biji cili hijau-belah 2
  • 1 biji cili merah-belah 2
  • 3 biji bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putuh-hiris
  • 1 sm halia-hiris
  • 1 sudu kecil halba campur
  • Air-secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak-menumis
Caranya:
  1. Lumur ikan dengan garam kunyit dan goreng hingga garing-ketepikan.
  2. Dengan sedikit minyak tumis semua bahan yang di hiris dan halba campur hingga wangi. 
  3. Masukkan air dan cuka makan.Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan,timun,cili merah/hijau dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Bila sudah masak bolehlah di angkat dan hidangan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

15 ulasan:

Bicara Kak Noor said...

masak cuka mmg tak dpt lari dri orang kedah mmg fav ni akak ni walaupun dah tk tingal kat kedah tapi seminggu sekali mesti buat masak cuka tapi akak punya tambah sikit lada hitam bagi pedas maklum orang jugak hantu pedas heee

Marsita yahya said...

emm, lama tak makan masakan cam ni...terkecur sat air lioq.

myda_ahmad said...

nk kena try nie....

Amie said...

Suka kuahnya....

Tihara said...

as salam

sejak mak saya kena gastrik dah lama tak masak cuka ni..lauk ni tahan lama :)

Zie said...

dah lama tak makn... dulu mk rajin masak...

Nisah Mat Noh said...

kak, biasa nisah gunekan ikan tongkol masak cuke ni, br tau ikan tenggiri pon bole ye..
salam ukhwah kak, take care (^_~)

EmbunRosaliza said...

Assalam sedapnya ikan masak cuka, pernah mkn tapi belum pernah buat sendiri lagi, terliur pulak tgk

inazamri said...

tengok ikan masak cuka ni terus telan air liur.tak penah masak sdiri coz tak penah ada cuka di rumah.kalau tingin makan terpaksa la beli yg dah siap masak kt restoren.lepas ni kena beli cuka gak la.senang kalau benda dah ada nak masak ni kan.

Knor said...

sgt menyelerakan...

atie @ ejay said...

sedap:)

Mushi Mushi said...

besnye ^^

eita said...

pelik nyer nama

are_lin@yu said...

rasa mcm tak pnh makan ikan tenggiri lg..hehe

farhalurve said...

sedapppp nyee sis ^^
terliur dah nii ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...