Friday, 2 November 2012

Mee Goreng Mamak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bertemu lagi kita dengan en3 kali ini....mee goreng mamak.Kita belajar dengan mamak tau resepi ni.Tak ada rencah ayam,daging,udang dan sotong segala cuma letak murtek aje....macam mee bodo la pulak.
Sape2 yang suka sgt makan mee goreng mamak....boleh cuba resepi ni.
Selamat mencuba.



Mee Goreng Mamak
Resepi/Oleh:Norzie hany

Bahan-bahan:
  • 300 gm mee kuning
  • 4 ulas bawang putih-cincang halus
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 keping fish cake
  • 1 keping tauhu goreng
  • 2-3 biji telur
  • 100 gm tauge
  • 100 gm sawi
  • Sedikit air,garam dan gula
  • Minyak
Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang di cincang hingga naik bau.Kemudian masukkan cili kisar,serbuk rempah kari,sos cili,sos tiram,kicap pekat dan kiub ayam.Kacau lagi hingga terbit minyak.
  2. Masukkan sedikit air.fish cake dan tauhu,garam,gula serta telur.kacau hingga sebati.
  3. Masukkan mee dan sawi.Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan tauge kacau hingga rata dan mee masak.
  4. Angkat dan hidangkan dgn limau,bawang goreng,cili hijau dan daun saderi.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 ulasan:

Marsita yahya said...

nalar deqeq....

myda_ahmad said...

sedapnyer,rasanya dh lamo beno xmkn mee mamak nie...

Kakzakie said...

Kakak suka mee mamak tapi kalau kakak buat selalu terbasah, tapi kalau beli kedai tu biasa kering macam yg norzie buat tu..

JaSSNaNi said...

esok cuti.. boleh la bekfes mee goreng mamak kat rumah.. :D hari keje tak sempat dik non.. rush sangat.. :D

Bicara Kak Noor said...

sedap nampak mee mamak tu, tapi kalu mee mamak makan kt kedai mamak tak sedap lah leh buat sendiri nnt ala2 mamak ni

Liza said...

mmg kalau mkn kat kedai mamak pun xde lauk kan, yg ada tauhu je...nmpk best la mee tu...

Nazayiena said...

Sedapnya mee goreng mamak.

Nafira usof said...

sedapnye.. tetiba rasa lapar plak.. hehehe

zila norazila said...

fav jgk mee mamak,tp jrg buat sendiri..owhh kena buh serbuk kari upanya..thnks sis:)

Rosidah Binti Muhamad said...

Tahu mkn jer tak tahu mcm ne mamak ni buat mee nyer..bahan2 pun simple jer..boleh la try..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...