Sunday, 18 November 2012

Kari Daging



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Selamat berhari minggu kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Hari ni nak berkongsi resepi kari daging....kalau nak tahu,ni antara lauk kegemaran sis sebenarnya.Setiap kali masak kari daging sis akan bubuh sedikit kerisik,selain dari memekatkan kuahnya kerisik juga buat kari rasa bertambah enak.
Kari daging ni memang sedap makan dengan nasi panas2 ataupun buat cicah lempeng,roti jala atau roti canai.
Kepada penggemar kari daging bolehlah cuba resepi ni.
  

Kari Daging
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 400gm daging batang pinang-potong kuib
  • 25gm serbuk kari daging
  • 40gm cili kisar
  • Santan secukupnya
  • 1 sb kerisik
  • Air asam jawa
  • 1 biji kentang-belah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis:

  • 2 biji bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 sm halia-mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 tangkai cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis.
Cara memasak:
  1. Campurkan serbuk kari dan cili kisar dengan sedikit air(jadikan pes)
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah tadi(no 1) dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan biar daging kecut sebentar Masukkan santan dan kentang biar mendidih sekejap.
  5. Akhir sekali masukkan air asam jawa,kerisik,garam dan gula secukup rasa.
  6. Apabila daging dan kentang telah empuk dan kuah agak pekat bolehlah di angkat.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 ulasan:

Cik Que said...

wah..lapar la tengok kari ni...hehehe..

zila norazila said...

sis..waallaa lapar tgok ,nie klu ada roti jala sedapp:)

aTieYusof Family said...

sedappnya...
kalau makan time2 hujan ni lagi power..hehe..:)

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum norzie>>
wahhh.. berhujung minggu sambil mengkari ye.. sedap ni.. petang2 cicah roti plak.. hmmmm dap dap...

Sue Bee said...

kari!!!my favourite!!rasa lapo lah pulok!!

Marsita yahya said...

dah nampak roti jala dah...

Amie said...

Kalau masak kari musim hujan memang cepat sangat laris! Lagilah kalau dapat cicah roti!

Zie said...

boleh cuba.. daging korban ada lgi hehe

Cik P.A. said...

sedapppnyeee....warnanya pun dh membuka selera...hehe :)

Ann Ishak said...

cecah dengan roti pun sodap ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...