Friday, 16 November 2012

Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol(Setnya).


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Bertemu lagi kita di en3 kali ini....Nasi Dagang dan gulai ikan tongkol.Juadah dari masyarakat Pantai Timur.Beras nasi dagang yang bonda belikan di pasar besar Temerloh.Tak sangka ada jual beras ni kat pasar kampung saya,masa pergi Kelantan tempoh hari sibuk cari beras ni. 
Nasi dagang ni memang fav sis....pantang nampak orang jual kat pasar malam,mesti beli.
Walaupun hubby tak berapa gemar gulai ikan tongkol atau ikan aya ni tapi sis masak juga....sebelum ni makan nasi dagang dengan gulai ayam rasa macam tak kena pulak.Kalau dah masak terpaksalah dia makan. 
Jom kita berkongsi resepinya.


Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol(Setnya)
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:-
  • 4 cawan beras nasi dagang
  • 2 cawan santan pekat/secukupnya
  • 1 biji bawang besar-dimayang
  • 1 inci halia-di hiris halus
  • 1sb halba
  • Garam dan gula-secukup rasa
Cara memasaknya:
  1. Beras nasi dagang direndam semalaman.
  2. Basuh beras dan toskan.Kukus sampai masak.
  3. Satukan santan,bawang,halia,halba,garam dan gula.
  4.  Angkat beras yang di kukus tadi dan masukkan di dalam mangkuk besar dan gaul dengan bahan-bahan no 3 tadi.Gaul hingga sebati.
  5. Kukus lagi sehingga nasi dagang masak.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan tongkol/aya-potong dan bersihkan
  • 1 keping asam gelugur
  • Santan secukupnya
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak-menumis
Bahan kisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 1 cm kunyit hidup
Caranya:
  1. Rebus ikan bersama asam gelugur.
  2. Bahan kisar di campur dengan serbuk kari(jadikan pes).
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan ikan dan air rebusan sekali.
  5. Masukkan santan dan garam serta gula secukup rasa.
  6. Masak sampai kuah pekat dan pecah minyak.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang

Acar Rampai Mentah
Bahan-bahannya:
  • 1 biji timun-buang biji dan potong memanjang
  • 1 biji lobak merah-sagat memanjang
  • 1 biji cili merah-hiris serong
  • 1 biji cili hijau-hiris serong
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula secukup rasa.
Caranya:
Gaul semua bahan dan biarkan lebih kurang 10 minit.Hidangkan bersama nasi dagang.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

18 ulasan:

mama sara nur said...

assalam sis Norzie
lama tak pekena nasi dagang, kalu nk mkn biasa beli kat pasar mlm sebungkus sb isirumah tak berapa suker...sy suker nasinya tu mcm pulut sedappp

Che Rosliza Che mat said...

terliur nasi dagang wei!!!

Cik P.A. said...

teringat kat maksu yg asal kelantan....masa die wat openhouse dlu...nasi dagang ni hbs dulu...mmg sodapppp :)

Kakzakie said...

Dapat beras khas utk nasi dagang memang best Norzie. Warna dia tu yg special.

ainnoraini said...

tengok pun dah tahu sedap..belum rasa lagi...

Kasih Salina said...

salam kak..sedapnya..favorate saya tu..guna rempah nasi dagang & beras khas tuk buat nasi dagang baru la sedap kan..makan dgn kari apa2 pun tetap sedap..

noornazuha said...

faveret akak ni..tapi x pandai nak buat.....thanksss ...untuk resepiiiii

TiranaAduka said...

salam sis Norzie....

mohon ambik resepi ni ..nak baut hari sabtu esok.......nak jamu member datng....salam kenal sis..


1st Time my photo in My blog..

Thanks visit my blog..

From TiranaAduka.....: 2nd..my photo in My blog..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduh.. dah lama tak pekena nasi dagang ni... buat terliur je.. harap2 pegi t'ganu dpt mkn nasi dagang kat sana..

Zie said...

sedapnya kak lama tak makan.. emm mana nak cari ni kat sini...

Nisah Mat Noh said...

tak pernah makan nasi dagang ni,
tapi nmpk akak punye, buat saye nak carik skang jugak !!

hehe take care !!

zila norazila said...

x pernah jemu mkn nasi dagang..sedapp..x pernah cuba buat lg..:)

cikji said...

sedaknyo nasi dagey.

Amie said...

memang tak pandai berhenti makan kalau dah jumpa set nasi dagang gini.... sedapnya!

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Norzie..

Ohhh..orang pahang rupanya.. Kak Naz di sini senang jer nak jumpa beras nasi dagang yg kaler merah ni tp tak pernah masak pun nasi dagang versi ni..hehehe..Malas bebenor..huhuhuu...

JaSSNaNi said...

sedapnya..
kat sini ada nasi dagang rupanya..
nyam nyam... mmg sedap makanan pantai timur..

Tihara said...

as salam,

oo sedap nye kak..td saya nk makan kat kedai peberet tapi dah abes..huu

eita said...

sungguh menyelerakan..

tapi tulah ita kalau makan nasi dagang mesti pah makan ngantuk yg amat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...