Tuesday, 6 November 2012

Blended Orange Cake



Assalamualaikum dan selamat petang buat semua follower dan pembaca blog sentuhan norzie hany yang sangat saya kasihi dan rindui.Hope semuanya sihat2 belaka hendaknya.
Blended Orange Cake...yang sangat2 mudah dan tak perlu masa yang lama untuk membuatnya.Anak2 dara yang baru nak berjinak-jinak ke dapur atau orang2 bujang bolehlah mencuba resepi kek yang mudah ni.Rasanya memang sedap....saya suka makan time suam2 gitew.Resepi dari kak Fida,saya pasti ramai yang dah mencuba resepi ni.



Blended Orange Cake
Oleh Norzie hany
Sumber : Kak Fida@MYR
  • 1 biji buah limau
  • 1 cawan minyak 
  • 2 cawan gula halus (sis letak 1 cawan )
  • 3 biji telur (sis guna telur gred A)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.
  • Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
  • Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Nurul Aini said...

wah..kek lagi..hehe..sedapnya..nak cubalah nanti..terima kasih akak sharing.. ^__^

Rosidah Binti Muhamad said...

Wah..mudahnyer akk. Boleh la try t untuk org yg tak pandai buat kek mcm sayer..hehehe..

Dunia Wilma said...

Wah...Senangnya...
Mesti cuba buat nie ^_^

Tihara said...

as salam sedapnye kek orange..baru semalam saya tgk dlm chanel 727 :)

Qasey Honey said...

spi ke sni bau kek oren tu...sedapnya...

Acik Erna said...

assalam norzie..bila dah baca memang nampak senang kan..boleh cuba buat ni

Marsita yahya said...

simple resepi nya...boleh cuba...

MarliaMarble said...

sedap ni..boleh cuba ikut resepi..=D

Nafira usof said...

wahhh.. mesti bau harum jer kek nih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...