Thursday, 8 November 2012

Ikan Bakar Portugis


Assalamualaikum semua.
Lauk makan tengah hari kami hari ni....Ikan bakar Portugis.Abaikan sambal yang comot2 di sekeliling aluminium foil tu.Memang terus hidang atas meja macam ni aje...tak hias bagai.Makan pulak dengan nasi panas2 dan masak lemak cili padi pucuk ubi....sedap ngko,masing2 makan bertambah kih3. Resepi asal dari Chef Wan dan sis cnp dari blog Dayang.Sis guna ikan siakap dan bakar dalam oven.
Jom kita tengok resepi ikan bakar Portugis yang enak ni.


Ikan Bakar Portugis
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahan (hidangan 4-6 orang):
  • 1 ekor ikan bawal/siakap atau ikan apa2 yg disukai - seberat dalam 600gm
  • 1 helai daun pisang - kalau tiada boleh guna aluminium foil
  • 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 60ml atau 1/4 cawan minyak
  • garam dan gula secukup rasa
bahan-bahan dikisar halus :
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji buah keras
  • 8 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 helai daun limau purut
cara:
  1. layurkan daun pisang di atas api kecil sehingga lembut. Ketepikan.
  2. panaskan minyak di dalam kuali
  3. tumiskan bahan2 kisar di atas api yang kecil sehingga wangi
  4. tambahkan jus limau, kicap, garam dan gula secukup rasa
  5. kacaukan rata
  6. lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkuskan ikan dengan daun pisang atau aluminium foil
  7. bakar pada suhu 180C selama 20 min atau panggang di atas bara api 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

6 ulasan:

Nur Afrina said...

sedapnyaa! boleh try nanti. terima kasih utk resepi tu~hehe :D

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Terliur sudah ... akak Norzie.. waiting list juga untuk dicuba... bila lak nak masak ni :D

Tihara said...

as salam

mmg nampak cedap sebb tak over cooked :)

Nafira usof said...

sedapnye~ terus rasa lapar.. huhu

Cik P.A. said...

hihi blh aje dpt ikan bakar portugis di Malaysia....nyummmm2x:)

Kasih Salina said...

haha..portugis pun ada ikan bakar ye kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...