Thursday, 8 November 2012

Nasi Lemak Pandan Wangi


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang di sayangi.Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sihat2 selalu hendaknya.
En3 untuk hari ini.....Nasi lemak pandan wangi,sis guna beras basmathi tapi boleh juga guna beras wangi atau beras biasa...terpulang pada citarasa masing-masing.Rasanya lebih kurang sama macam nasi lemak biasa cuma bau/aromanya sangat wangi dengan perahan air daun pandan.Color hijau nasi lemak ni juga buat kita terasa berselera aje nak makan.
Okay...Jom kita berkongsi resepinya. 




Nasi Lemak Pandan Wangi
Resepi/Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan beras basmathi- (saya guna Kashmir Faiza basmathi)
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan air daun pandan(blend air + 6 helai daun pandan)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 batang serai-di titik
  • 1/2 biji bawang besar-hiris
  • 1 sm halia-hiris
  • Garam-secukup rasa
Caranya:
  1. Beras basmathi basuh dan di rendam selama 20 minit dan toskan.
  2. Campurkan semua bahan2 dan dan kacau biar sebati
  3. Masak seperti nasi biasa di dalam rice cooker.Bila nasi sudah masak gembur perlahan2 agar nasi tidak hancur.
  4. Hidangkan dengan,telur rebus/telur mata,kacang tanah goreng,ikan bilis goreng,timun dan sebarang sambal mengikut kegemaran masing2.  


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

16 ulasan:

JaSSNaNi said...

alaaaaaaaaaaaa...
terliur cek tau..!!!
nasi pandan ke.. nasi lemak ke.. semua cek suka tau.. :D
sedap tengok udang dok posink kat tepi tu..

Asyifa Mustaffa said...

Wangi tahap gaban nie....! Nasi lemak biasa yg dah simpul daun pandan pun wangi....ini kan plak trus buh hijau pandan gitu.....semerbak la baunya......hehehe.....

Nurul Aini said...

haiii..pagi-pagi ni tengok lapar di buatnya..mesti sedap akak masak..hehe..hantar dekat saya sikit..^__^

Aishah Jahirah said...

kaler ijau....suka2...

myda_ahmad said...

selalu buat nasi lemak tp x pernah lg buat yg kaler ijau nie...nanti2 leh try...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Canteekk sungguh tengok nasi lemak pandan ni... nak cuba juga cuti sekolah ni hahhaha .. tunggu angin rajin le nampaknya :P

aTieYusof Family said...

nanti nak cuba masak sendiri plak..
salam kenal..singgah & follow sini...:)

Kakzakie said...

Sedapnya Norzie... kakak pernah buat tapi terlembik pulak. Itupun licin juga. Kalau kena macam Norzie punya ni sah-sah tak cukup satu periuk.

Bicara Kak Noor said...

nasi lemak mmg tak pernah tolak mesti tarik je apa lagi tengok yg ada segala macam tu huh sedap bangat ni..

Cik P.A. said...

suke 5 sebab:)
1: kaler hijau
2: daun pandan wangi
3: mmg as suka mkn nasi lemak
4: sis pandai hias!
5: TQ sharing di sini")

Nafira usof said...

canteknye nasi lemak kaler ijau~

Che Rosliza Che mat said...

Sedapnya...suka tengok kalernya cantik..

MarliaMarble said...

WAH...sedapnya tengok....! boleh cuba ni...=D

Tihara said...

as salam

nampak sedap plak sbb kaler dia menarik :)

Kasih Salina said...

sedapnya nampak nasi lemak panda ni..berselera tgk warnanya..

kak nora said...

nampak cantek pula nasi lemak wane hijau, bleh cuba ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...