Tuesday, 13 November 2012

Nasi Ayam Madu


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Apa khabar semua?.Semoga semuanya sihat2 belaka hendaknya di samping keluarga dan tugas2 harian.
Hari ni sis nak berkongsi resepi nasi ayam yang sangat mudah.Teringat masa anak-anak sis kecil2 dulu,resepi nasi ayam nilah yang selalu sis masak untuk mereka.Kanak2 memang suka makan nasi yang ada ayam dan supkan.Nasi ayam yang biasa sis masak tak perlu tumis,campur aje semua bahan2 dan masak dalam rice cooker seperti biasa.Masa nasi ni tengah mendidih memang bau harumnya satu rumah...itu yang sis suka,anak2 mula la tak senang duduk nak tunggu nasi masak.
Jom kita kongsi resepinya.



Nasi Ayam Madu
Oleh:Norzie hany

Bahan A
  • 1/2 ekor ayam-potong dan bersihkan
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 bungkus bunjut sup
  • 1 sm halia-tumbuk
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • Air-secukupnya
-Masak semua bahan A hingga ayam empuk.
-Keluarkan ayam dan toskan.
-Keluarkan air rebusan ini untuk masak nasi dan sos cili.
-Selebih air rebusan ayam ini masukkan garam dan sedikit serbuk perasa untuk di jadikan sup.
-Angkat dan taburkan bawang goreng dan daun saderi

Bahan B(Untuk Nasi)
  • 4 cawan beras-basuh dan toskan
  • Air rebusan ayam-secukupnya
  • 1cm halia-tumbuk
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • 2 sb margerin/butter
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit garam
-Satukan semua bahan-bahan B ke dalam rice cooker dan masak seperti masak nasi biasa.
-Apabila nasi mendidih kacau rata dan biarkan nasi terus masak seperti biasa.

Bahan C (Untuk Ayam)
  • Ayam-yang di rebus tadi
  • Sos tiram
  • Madu
  • Kicap masin
  • sedikit garam
-Sukatannya agak2 sajalah.Gaul semua bahan-bahan C dan perap sekejap.
-Goreng ayam,jangan terlalu lama sebab ayam tadi telah di rebus.

Bahan D (Untuk Sos Cili).
  • 8 biji cili merah-*kisar
  • 3 ulas bawang putih-*kisar
  • 1/2 cm halia-*kisar
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • Sedikit cuka
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
  • Garam dan gula secukup rasa
-Satukan semua bahan-bahan D dan masak di atas api sehingga mendidih dan agak pekat. 

Bahan E (Sos Kicap)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu kicap lemak manis
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 senduk kuah sup.
-Satukan semua bahan E dan kacau rata.

Penyediaan hidangan:
*Hidangkan nasi ayam bersama ayam,sup,sos kicap,sos cili,salad,timun dan buah tomato.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Rohah said...

mendung2 ni mmg cocok betul dngan hidangan nasi ayam..sebab ada sup panas2..mmg pebret anank beranak saya ni kak..

mama sara nur said...

assalam sis
cuti2 ni memang sedap makan nasi ayam, nak pulak buat sendiri puas leh makan bertambah kan sis he he
ayam madu emmm terasa kesedapannya tu tp sy entah bila nk buat hu hu malasss

Amie said...

Mmmmm... memang harum satu rumah dengan aroma nasi ayam... lagilah musim hujan begini, tambah laparlah perut!

Asmah Yusof said...

Salam NH...mmg btl cakap Rohah..mendung mcmnie..dpt ngadap sepinggan nasi ayam nie mmg best..:))

Supersihat Supercantik said...

suke suke

Elmawati Eri said...

Try msk hr ni.xtau la jd ke tdk

Elmawati Eri said...

Try msk hr ni.xtau la jd ke tdk

Nur said...

Leh try buat kat rumah mentua nie. Gerenti mentua sayang nye... Hehehe...

Ida Raihana said...

Sy dh bnyak kali buat nasi ayam ni ikut resepi akak....ank2 cakap sedap....ipar request nk makan time raya....memg sedap.....thanks kongsi resepi mudah tp sedap....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...