Tuesday, 20 November 2012

Ikan Siakap Laprik




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 Ikan siakap laprik adalah masakan dari Thailand atau Siam.Resepi yang cukup enak ini sis ambil dari majalah mingguan wanita.Selalu juga masuk restoren masakan siam tapi sis belum pernah cuba makan ikan siakap laprik ni....selalu dok order tomyam dan nasi paprik aje.
 Kepada penggemar masakan Siam bolehlah mencuba sendiri resepi ikan siakap laprik yang sangat enak ini.
Selamat mencuba.



Ikan Siakap Laprik 
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan siakap-dibersihkan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 10 tangkai cili padi-potong kecil
  • 10 ulas bawang putih-cincang halus
  • 5 sudu besar sos Thai
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Daun salad,cili besar dan tomato-Utk hiasan
Cara Memasak:
  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing.angkat letak dalam pinggan dan ketepikan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  3. Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan sos Thai dan bawang besar dan daun ketumbar.Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga mendidih sebentar.
  5. Angkat dan curahkan atas ikan tadi dan hiaskan dengan bahan hiasan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

JaSSNaNi said...

bertukar2 menu ni best.. dapat test masakan lain, dapat rasa gak makanan mana yg paling best kan.. nampak menarik laprik ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak menyelerakan la kak.. harus cuba ni.. tp byknya resepi ikan masih Q...tak tau mana satu nak try.. hehehe.. sy memang penggemar ikan.. tp sayang tak boleh masak ikan kerap kat rumah sebab anak2 penggemar ayam... jd menu ayam lebih kerap kat rumah berbanding ikan.. ibu kena mengalah.. TQ share resepi ni.. menarik deko2nya..

Saya Disini said...

menariknye...sanagt menyelerakan

Ujie said...

Sdapnya siakap ni..

Tak pnh dgr Laprik. kalo tengok bhn2 nya tu..mskn ni agak pedas.

Kasih Salina said...

sedapnya kak ikan siakap ni..saya pun tak pernah dengar lagi masak laprik ni..kalo masak paprik tu biasa la makan..

Rohah said...

salam kak, berselera saya nengok pic ni kak..

Amie said...

Sib baik baca 2 kali, ingatkan paprik rupanya laprik... bahan2nya pun mudah nak cari, nampak sedap ni Norzie... boleh try..

chefgunawanmalaysia said...

selera yang baik..ni.. obie suke

syiela said...

peberet juga ni... kalau hari cuti @ cuti panjang mmg menu wajib di rumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...