Friday, 30 November 2012

Mini Murtabak Inti Kentang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita di pagi jumaat yang mulia ini.....semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga dan tugas2 harian.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang dan cuci mata di blog SNH....kalau ada masa datanglah selalu ye.Hari ini sis hidangkan anda semua dengan mini murtabak inti kentang....suka tak?.
Untuk doh sis guna resepi roti canai en3 di SINI dan hari ni sis share cara buat intinya aje.Tak susah mana pun....sikit lebih kurang macam buat inti karipap.Sis letak isi ayam,kalau yang nak tukar pada daging pun boleh.Jangan risau....kita yang buat diakan. 


Mini Murtabak Inti Kentang 
Oleh:Norzie hany

Bahan Inti Murtabak:
  • 3 biji kentang-potong dadu kecil
  • 1 sudu besar serbuk kari(boleh tambah)
  • 100gm isi ayam-cincang halus
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih -hiris halus
  • 1 tangkai daun saderi-hiris
  • 1 cawan air/secukupnya
  • 1 biji telur-pukul dgn garfu
  • Garam & gula secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat inti:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan serbuk kari yang di campurkan sedikit air dan kacau hingga terbit minyak.
  3. Masukkan isi ayam yang di cincang dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan kentang dan air untuk empukkan kentang.Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Tabur daun saderi dan kacau hingga kentang empuk dan inti kering.
  6. Angkat dan sejukkan. 
Cara membuat murtabak:
  1. Campurkan telur kedalam inti murtabak tadi dan gaul rata.
  2. Tebar bebola tepung hingga menjadi kepingan yang lebar.
  3. Letakkan inti diatasnya dan lipat tepung yang telah di tebar.
  4. Masak di atas kuali leper yang di renjis sedikit minyak.
  5. Bila sudah masak dan berwarna kekuningan bolehlah di angkat dan hidangkan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

lina_pg said...

assalam..seumur hidup mertabak aci beli jer kat pasar malam..dah ada rcp ni..salin dulu la..mana tau ada kerajinan untuk menerai.Kalau buat sndiri mesti best bleh letak macam2..suma lebeh hehehe..

chefgunawanjamil Obie said...

mmmmmm mertabak..., love it!

shazrina said...

uiii la, pernah buat murtabak ..yang paling tak larat tang nak menguli doh tu ...boleh tercabut tangan ..huhu

Acik Riotaro said...

yum3..sdpnyer..

Acik Erna said...

assalam norzie..sedap ni..acik beli mjurtabak mini ni..isinya banyak bawang je

izan mama mia said...

tgh lapar ni..nak 3 boleh...hihhi..sedapnyer

❤Kamsiah❤ said...

salam
akak tak pernah buat...main tunjuk2 dan bayar ja kat pasar malam...sgt2 tabik pada org yg pandai dan rajin buat murtabak ni

Rohah said...

waw kakak...rajin uli2 tpung,biase kita order kat kedai je...kita suke murtabak , laju je kalau makan, tak berhingat kiri kanan..hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alahai kak ni buat wani teringin jer haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...